Hari Khamis dah mula chemo, 5th cycle. Sarah masih lagi membuang setiap kali selepas or rather setiap kali semasa makan.
So sempat ke Sarah nak kumpul tenaga sebelum kimo ni? Biasanya time kimo kang tak boleh makan sebab memanjang muntah. So macam mana dengan Sarah nanti.
Bukan setakat lepas / masa makan, masa minum susu pun sama jugak. Susah nak dikawal oleh Sarah, oleh mama dan ayah apatah lagi.
Masa kat cafeteria UMMC hari Sabtu hari tu (http://cekpenayah.blogspot.com/2011/04/im-painful.html) kat tempat makan tu jugaklah, kat tempat makan orang ramai tulah Sarah membuang sampai meleleh leleh, bocor sampai ke lantai. Buat muka tebal je mama dan ayah bersihkan Sarah dan tempat tu.
Harap2 Sarah mendapat kekuatan sepanjang rawatan Sarah, seperti yang ayah doakan setiap hari.
No comments:
Post a Comment