Sunday, June 12, 2016

Ermina Yasmin

Now 11 years old.

Ermina maksudnya friendly. Yasmin nama bunga.

 Mina memang ramai kawan baik. Siap ada BFF group girls lagi. Macam namanya 'friendly' Mina disenangi kawan2 yg selalu ajak Mina kerumah. Tapi bila pindah sekolah, cuma dapat berhubung melalui laman sosial Insta. Kat sekolah baru Mina ada 2 kawan baik. Tapi bulan ni kedua2 pindah jauh ikut famili diorang. Kesian Mina. Ada kawan yang duduk setaman, Khadijah, tapi every weekend akan pegi ke rumah nenek kat KL pulak. Mina pun keberatan nak rapat dgn Khadijah sebab Mina dapat tau Khadijah akan bersekolah di luar negara masa form 1 nanti. Mina selalu sedih bila kenangkan kawan2 rapatnya satu persatu hilang.

 Mina memang 'soft' sebab Mina bunga. Selalu ada perasaan takut. Tapi Mina kalau dah decide untuk buat something Mina is very determined. Macam masa nak naik parasailing - it takes 2 days to gather courage selepas Awish dan Sarah dah buat. But once Mina dah nak buat Mina sangat tak sabar.

 Mina always think of others before herself. Kalau Mina feel she deserved more respect Mina jarang melawan tapi Mina akan keep it or try to keep it to herself, walaupun ayah boleh nampak2 mata Mina berkaca2 dan suara Mina deep menahan sedih.

 Mina is Zafri's favourite siblings dan idola Sarah (sebab Sarah selalu tiru apa Mina buat atau cakap).

Sekian.





No comments: