Tuesday, November 13, 2012

Ayah, welcome home!!

Mama ambik ayah kat airport Sabtu lepas. Mama bagitau AMS tak nak ikut sebab nak siapkan surprise untuk ayah.

Pesanan untuk ayah : masuk rumah nanti tutup mata.

Sesampai kat depan pintu rumah, ada sampul surat ditampal kat pintu.


Ayah ambik dan bawak masuk rumah (of course tutup mata). AMS masa tu menyorok. Adib pun ada, sbb nak sleepover, pun menyorok jugak.

Bila ayah dah dekat tangga, AMS keluar sambil jerit "SURPRISE!!!" dan terus lari untuk peluk ayah.

Sweet..

Awish kata "Ayah, readlah inside the envelope"

Ni Awish buat

Ni Mina buat, depan belakang.

Ni Sarah buat.

Ni Adib buat.

Lepas tu Mina dan Sarah suruh ayah tutup mata lagi dan tarik tangan ayah ke dapur. Sampai dapur Mina dan Sarah jerit lagi "SURPRISE!!!"

Ayah buka mata dan tengok2 ada...

Welcome home cake, Mama dan Sarah buatkan untuk ayah.

Thank you.




Saturday, November 3, 2012

Ayah, I Miss You

*speechless*





*speechless*


Wednesday, October 31, 2012

Mina's Class photo

Mina cukup excited nak ambik gambar kelas.

A few days before the actual day, Mina bagitau Cikgu remind semua orang untuk pakai uniform sekolah. Sebabnya, according to her timetable, hari tu hari PJ, so normally kena pakai t-shirt rumah sukan.

But somehow, pagi tu Mina terlupa, ayah pun terlupa. Mina pakai t-shirt PJ. Mina dan ayah cuma teringat masa van dah nak sampai sangat dah. SO, ayah tanya Mina samada nak tukar baju ke tidak.

"It's ok la ayah", kata Mina. She didn't sound so worried. But ayah knows Mina too well that she was worried what Cikgu would say to her.

So lepas Mina and Awish boarded their school van, ayah text mama, bagitau Mina pakai t-shirt instead of school uniform.

Mama went to the rescue. Lepas hantar Sarah mama hantar uniform sekolah kat Mina.

Mama cerita, Mina terkejut dan seronok bila nampak mama. 

Maka Mina ready untuk ambik gambar kelas.

3-4 minggu selepas ambik gambar, dan selepas ayah bagi Mina RM6 untuk order gambar kelas Mina, hasilnya...


Bila Mina tunjuk gambar ni, ayah pelik, kenapa serabut sangat ni, tak macam gambar kelas masa ayah sekolah dulu. Putih je.

Rupa-rupanya, bukan Mina sorang je yang terlupa, kawan kelas yang lain pun lupa jugak. Itu pasallah gambar kelas ni colourfull bukan main.

October ayah busy memanjang

October was a busy month for ayah. Biz plan, org chart, appraisal, preparation for training, etc etc. That's why AMS blog jarang2 di update.

Still, ayah cuba yang terbaik to spend quality times with AMS.

Awish dan Mina basuh kasut sekolah. Sarah pun nak jugak. Basuh selipar pun jadi lah. Sarah mintak ayah tolong.

Aktiviti biasa...buat pancake

Spend some time kat 1U

Layan Sarah yang kepenatan untuk tido (tido awal ni)

Di kampung, bersama Abang

Di kampung bersama iPad Pak Uda

Mina dan abang


Sunday, October 28, 2012

Medical Record Entry : Sarah 221012

Regular follow up appointment.

Alphafetoprotein : 2.2

Cerita dan gambar : Kat sini


Sunday, October 14, 2012

A-B-C

Anak-anak dara ayah pun suka jugak dengan ABC. It runs in the family.


1 untuk Mina, 1 untuk Sarah (dan mama), 1 untuk ayah.

GIGI(L)

Gigi depan Mina dah lama goyang. 22 Sept mama dah buat entri dah pasal gigi Mina yang goyang ni.

Tapi berminggu-minggu gigi nak tak tercabut-cabut. Kena langgar dengan lutut Awish pun tak tercabut jugak.

Berkali2 jugak mama dan ayah suruh Mina cabut sendiri, tapi Mina tak nak. Berkali2 jugak mama dan ayah kata mama dan ayah nak cabutkan, Mina tak nak jugak. Padahal gigi kekal dah nak keluar dah. Nanti senget gigi tu, tak cantik pulak.

Last2 7 Okt haritu, ayah dan mama paksa je lah. Dalam menggigil Mina ketakutan, ayah bearhugged Mina dan mama jadi dentist cabut gigi Mina tu.

Selepas 'hujan' hampir reda, ayah ambik gambar nak bagi 'hujan' berenti terus.

Nilah gigi yg degil ni.



Concert

It's that time of the year. Concert time. This time around it's Sarah's turn.

There were times last year ayah terfikir dapatkah ayah tengok Sarah beraksi atas pentas.



Skirt Sarah ni sexy sangat lah

Sibuk ingatkan mama nak makeup.. Dalam rushing disebabkan Darwishnye follow up kat Sunway MC mama makeup Sarah dalam kereta.



Dah poyo....

Cerita pasal kat konsert - kat sini



Wednesday, October 10, 2012

AMS @ Wedding



Apa pasal la budak 3 orang (Awish jadi pack leader) bertentang mata dengan pengantin ni


Awish socialising dengan sedara jauh

Ayah, mama, Mina, Sarah tetiba enter frame. Padahal keluarga pengantin pun belum ambik gambar. Lepas ambik gambar ni Mina kecoh kat Awish. Awish apa lagi, sedih lah dia ditinggalkan, takde dalam gambar. Ayah kena janji dengan Awish nanti ambik gambar lagi dengan pengantin

Sarah cukup suka buat kerja ni - bagi door gift kat bebudak

Mina makan ais (aje) kat dalam dewan

Awish sebagai pack leader dan kuncu2 makan ais (aje) kat luar dewan

Ayah berjaya tangkap pengantin untuk bergambar lagi sekali..of course for Awish
Err...Sarah kenapa buat aksi macam tu?



Thursday, October 4, 2012

Long time we never go jalan2

Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut Mina.

Weekend hari tu ayah balas balik kata2 Mina tu. Kita pegi KLCC!! For lunch...

Siap kata nak pegi 'park' kan. Nah Mina...






Budak ni ajak Awish gaduh pasal berebut permainan ni..

Bukannya budak baju biru tu...budak yang baju hijau tu










Asyik muka Awish dan Sarah je kan? Sebabnya Mina dah merajuk...Mina kata "no one wants to play with me" so Mina merajuk bawak diri..


Terpaksalah ayah carik dan pujuk Mina, main dengan Mina..





Dah ayah sibuk dengan Mina, Awish pulak merajuk dengan mama, dengan alasan yang sama, Awish kata mama tak layan dia..

Adusss!!

Mama layan Awish, Mina pulak dah 'Up' balik mood so main sendiri.

Ayah main dengan Sarah balik sampai muka dah merah kena panas, ayah ajak balik, Sarah pun setuju, dengan konfiden berjalan2 sendiri menuju arah KLCC.

Mama dan ayah perasan pulak Mina tak kelihatan dalam taman yang besar giler ni.

Panik jugak ayah sekejap. Last2 nampak Mina datang menangis2. Rupa2nya dia main kat tempat yang dia ingatkan mama ada dekat. Tapi rupanya takde. Menangis lah Mina takut dia sesat.

Dalam pada nak pujuk dan tenangkan Mina tu terperasan pulak Sarah dah tak ada.

Rupanya Sarah terus je berjalan tanpa tengok mama dan ayah (orang KL kata, menonong ke depan)
. Last2 dia tersedar mama dan ayah dan Awish dan Mina tak kelihatan kat sekeliling. 

Nasib baik ayah ternampak kelibat Sarah melalui celah2 playhouse, slides dan swing.

Mama separa berlari ke arah Sarah. Masa tu Sarah dah melalak dah...takut dan panik.

Kecoh betullah korang ni.

Semua dah penat kan? So ice cream treat for all!!!