Thursday, May 5, 2011

5th Chemo Day 1

Mina sakit mata lagi. Maka kena ikut mama dan ayah ke UMMC. Bagusnya, Mina boleh tolong tolak stroller Sarah dan keep Sarah company sementara menunggu.

Sesampai kat UMMC terus ke tingkat 11, Wad Paediatrik 6, tempat permainan Prof Wan Ariffin.


Mula-mula kena ambik darah dulu. Prosedur kat UMMC ni bukan ambik dari chemo port, tapi dari ibujari. Melalaklah heroin kecik ayah ni bila nampak darah keluar kat ibu jari.

Lepas tu hearing test.


Result test darah, yang paling penting ialah Alphafetoprotein (AFP) tumor marker dah tinggal 17 je (dari 328,000 dulu). Kata doktor (tak tau apa nama, Cina) marker tu belum single digit lagi sebab mungkin ada residue tumor yang tertinggal atau kanser mungkin ada sikit kat tempat lain atau disebabkan AFP yang liver produce still abnormal selepas operation hari tu. Tu pasal la at least another 2 chemo cycle is necessary. Masa dia tengok CT scan film dari SDMC dulu, baru mama perasan ada satu filem takde. Ni mesti kat Prof Raman ni...tak pun kat kedai yang dia fotostat tu.

Hearing test result showed that Sarah hearing ability for high frequency makin berkurang. Prof Wan Ariffin macam mana pun tak risau sangat, they will continue with the chemo. So confirm hari ni masuk wad.
high frequency graf makin menurun compared last test

Tapi...kena tunggu dulu patient discharge..Sarah, Mina, mama dan ayah had lunch dulu. Habis lunch, bilik masih tak ready...kena tunggu...sampai ayah membuta kat tempat menunggu tu. Dekat pukul 4 barulah dapat katil kat 4 bedded room. It's not as cosy as SDMC single room but is somewhat sufficient. I think and I hope lah.

Masa ayah dan Mina nak balik, Sarah sedih sangat, "Mina, I miss you"..Padahal bertepuk bertampar berebut mainan kat play room.

Mina pujuk Sarah yang tengah sedih


Wad Paediatrik ni oklah. Banyak benda-benda yang boleh menarik perhatian atau distract kanak-kanak. Ada playroom ada wall deco dengan karakter kartun, gambar-gambar parti. dsb.





Tapi yang tak puas hati dan tak paham tu benda kat bawah ni..



Macam mana boleh ada Liverpool pulak kat sini. Ni samada ada Prof Wan ni menyokong Liverpool atau pun sebenarnya diorang cuma nak pakai logo "You'll Never Walk Alone" tu/

No comments: