Monday, May 16, 2011

Sebulan Post Op

Hari ni genap sebulan perut Sarah di belah horizantally and vertically untuk keluarkan Malignant Germ Cell Tumor yang mengancam nyawa Sarah.

Dan bermakna hari ni dah sebulan Sarah ceret beret yang abnormal. Dan sejak sebulan dulu bukannya bertambah baik tapi makin hari makin teruk. Especially selepas kimo yang ke lima.Hinggakan susu pun Sarah tak boleh nak simpan. Infact susu lah yang perut Sarah tak boleh simpan. Tak sampai setengah jam Sarah akan mengerekot, berpeluh-peluh, bulu roma meremang, mengerang kesakitan dan mintak perut diurut. Selesai sekali 'bisnes', lepas pakai diapers, tak sampai 5 minit biasanya akan lagi sekali Sarah macam tu. Dah macam2 jenis susu dah try, dari yang lactose based sampai lah yang ke soya based.

Menonggeng, in pain

Makan makanan yang lain ada bagus sikit. Yang bagusnye ialah makanan akan ada dalam perut mungkin dalam 1 ke 2 jam, Tapi lepas tu sama je. Sarah akan sakit perut dan buat urusan kerajaan berkali-kali.

Kadang-kadang dalam 1 jam sampai 7-8 kali. Ni jadi masa Sarah minum vitagen 2 botol.

Mama dan ayah hairan apa yang keluar. Makan pun sikit, siiikiiiit sangat tapi berak banyaaakkkkk.

Hari ni atas nasihat Makcik Mini mama hantar sampel hasil perut Sarah ke Pathlab. Tengok ada bakteria ke apa ke.

Gastroenterologist UMMC lining kata intestine wall rosak akibat chemo drugs. So, digestion process, penguraian protein2 dan zat2 makanan lain terganggu. Tapi yang peliknya ia cuma jadi selepas operation, sebelum operation tu Sarah ok je, makan banyak dan takde problem pun. Dah sebulan operation tak kan tak tumbuh2 lagi lining tu.

Dan ayah pikir kalau esok atau lusa tak kurang atau bertambah teruk, nak dapatkan second opinion dari SDMC or maybe Maktam's Al-Islam. Walaupun sebenarnya kesian nak bawak Sarah ke hospital sebab baru je keluar dari Penjara kat UMMC tu.

Luka surgeri Sarah makin 'licin' selepas sebulan, especially yang horizontal tu. Tapi...

...Apa benda yang keras semacam kat sebelah hujung tu??


No comments: