Biasanya lepas habis ifosimide akan kena hydration (drip) pulak masuk. Prof Wan suruh balik hari Jumaat supaya hydration tu boleh run 24 hrs. *Dia nak suruh stay satu hari lagi??* Dengan keadaan Sarah yang dah homesick tahap gaban dan tahap cipan tu suruh stay satu malam lagi adalah satu tugas yang mama tak sanggup nak buat.
Sarah dah tak nak makan langsung, homesick yang amat. Siap call ayah dan cakap "Ayah!..I wanna go home mama masak nasik" (in between the heavy sob). Susu pun Sarah dah tak nak minum. Hatta ceret beret tu pun berenti hari ni. Sebab Sarah tak nak minum susu dah.
Maka mama mintak dengan Prof balik petang esok. Dan Prof bagi green light. Fuhh...
Tapi bila balik nanti kena make sure Sarah minum baaanyaaakkk. It should be ok kut. Kat rumah dia nak minum sirap, minum teh o minum itu minum ini. Ikut selera dia. Dan kat rumah kalau ikut kimo yang dulu2 Sarah nak makan itu, makan ini. Sampai mama kena buat lauk sup kuning, sup merah, nasi masak sampai 3-4 kali masak nak sesuaikan dengan tekak Sarah. Memang lah terseksa tapi at least Sarah nak makan. So, hopefully, betul esok petang, Sarah punye condition ok dan Sarah boleh balik ke rumah tercinta, jumpa Awish dan Mina, lepaskan rindu dan homesick Sarah tu.
Art time dengan volunteer yang ramai bertandang kat UMMC tu...
Malam Sarah nak makan sikit..suruh mama order bubur McD dengan fries. 15 min lepas mama order McD delivery tu Sarah nak chicken McD pulak..
Ayah, Awish dan Mina pun dah anxious menunggu kepulangan uollss...
1 comment:
nak cikit fries tuh leh sarah? ;p
Post a Comment