Tuesday, May 10, 2011

5th Chemo Day 6



Masa nak check in hari Khamis minggu lepas mama bawak satu pack baru diapers ~70pcs. Ayah masa tu rasa tak cukup, kurang-kurang nak kena ada satu setengah bungkus. Sebab Sarah kan tak habis2 ceret beret nye.

Memang betul pun jangkaan ayah. Malah lebih dahsat lagi.

Hari Sabtu (2 hari je!!) diapers tu dah tinggal ~10keping je. So ayah beli bungkus baru ~70pcs.

Dan malam semalam mama s.o.s lagi, diapers tinggal ~ keping lagi.

So hari ni ayah terpaksa men'snake'kan diri pegi Giant Sunway Pyramid (paling senang, on the way je) untuk beli lagi satu bungkus ~70 keping diapers.

Kronik!!

Ceret beret Sarah ni cuma jadi lepas minum susu. Kalau makan nasi ke etc. boleh kata tak ceret beret lah.

Tapi Alhamdulillah setelah bertukar dari PediaSure ke Nestle Nutren sabtu hari tu dan Nestle Peptamen Junior semalam hari ni Sarah kurang sikit ceret beret. Itu pun sebab Sarah tak minum sangat sebenarnya. Sarah tak nak minum samada dia tak suka susu baru tu atau pun kimo tu dah mula menukarkan selera dan tastebud Sarah.




Sepanjang siang ni Sarah tak minum pun.

Siang tadi jugak 3 orang Gastroentologist datang diagnose Sarah. Kesimpulan diorang, usus Sarah 'rosak' akibat kimoterapi. Analogy - rambut Sarah gugur sebab kimoterapi, kat usus 'lining' usus Sarah 'hilang'. Disebabkan kehilangan lining2 ni, usus Sarah tak boleh nak meleraikan komponen zat zat nutrien susu eg. protein etc. So bila masuk terus keluar. Ibarat kata macam tu lah.

Kata antropologist (?) tu Peptamen boleh membantu sebab susu tu dah dileraikan komponen2 nya. Kata astrologist (??) tu lagi, lining tu ambik masa nak pulih.

Tapi....kenapa jadi lepas surgery? Sebelum surgery hari tu Sarah ok je. Takde pape pun.

I wanna go home...

Dah letih dah mama nak menjawab. Dah kehabisan alasan dah pun.

No comments: