Saturday, May 28, 2011

6th Chemo : Day 2

Today is Saturday.
Today is 2nd day of probably/hopefully the last chemo.
Today is the day Mina left ayah alone enjoying time with Mak Andak
Today is the day Awish mewakili keluarga di rumah kenduri (wakil sangat lah tu)
Today is mama and ayah's anniversary

Sarah punya mood still ok. Tak nak makan tu biasalah. Tapi it's a blessing in disguise sebab bila Sarah tak nak makan, meaning Sarah cuma minum Neocate. Dan Neocate menyebabkan ceret Sarah kurang banyak.

Tapi Sarah insist pulak nak 'Drink' (Drink = Chrysantemum tea). Selepas drink Sarah ceret dengan kerap balik. Dengan posisi mengereng dan kedegilan Sarah nak wash immediately, maka bocor lah, sampai kena tukar bedsheet berkali-kali.

Nak dijadikan cerita, masa mama keluar pegi uruskan masalah kecik tapi besar kat kedai mama, Sarah ceret dan tak nak ayah changekan pampers. Padahal mama baru je keluar tak sampai setengah jam, takkan mama nak patah balik. Sarah paksa ayah pergi carik mama. Ayah pretend carik mama. Lepas tu pegi balik kat bed Sarah. Sarah tak puas hati, suruh ayah carik mama lagi. Baru ayah sampai kat waiting area, Paed 6, Sarah dah menjerit menangis. Ayah cakap apa pun Sarah tak nak dengar dah. Ayah terpaksalah call mama, manalah tau mama dapat kelentong Sarah dan calmkan Sarah. Tapi Sarah masih menjerit menangis tak henti-henti. Mama yang berjalan pegang telefon sambil terus mencuba pujuk Sarah tersadung kaki dan tercampak telefon. R.e.t.a.k skrin telefon.

Ayah teruskan pujuk-paksa Sarah. Akhirnya Sarah mengalah. Tapi by that time dah bocor banyak ke seluar, baju dan bed sheet. Lepas ayah tukarkan semua tu, Sarah tertidur kepenatan menangis.

Mama pulak hati retak macam retak skrin telefon mama. Habis anniversary day mama....


Ayah belikan Origami, so maybe origami ni dapat bagi mama hilangkan tension dan boring duduk kat hospital.

Mina is having a great time dengan Nadia..Bagi Mina, maybe sama macam dengan Sarah kut. Ikut kata Mak Andak, Nadia pun dah excited yang amat dah dua hari dah bila tau Mina nak sleepover at rumahnya.

Awish pulak jadi pelengkap 3 stooges kat Kota Tinggi dengan sepupu lagi 2 orang. Dan Awish jadi 'kepala' 3 stooges. Dan Awish tak lupa pesan ayah (so far lah) untuk sembahyang. Cuma berus gigi tu tak tau lah buat ke tidak atau bersih ke tak bersih.

Happy Today to ayah, mama, Awish, Mina, Sarah. (walaupun tak semua yang happy) :-(

No comments: