Saturday, September 29, 2012

Reverse Sleepover

Adib kekadang datang (samada dengan Uncle dan Makcik Mini ataupun dengan Makcik Mini) makan2 kat rumah. Alang2 dah datang, Adib akan stay overnite for sleepover.


Sleepover


Awish dengan Adib memang kamcheng. Selalu gak Adib telepon nak cakap dengan Abang Awish.

Yang Awish pulak selalu cakap "I miss Adib" atau pun "Can we go to Adib's house?"

So a few weeks back, mama bagi Awish lepak kat rumah Adib.



Thursday, September 20, 2012

AMS @ Wedding Reception

Wedding cousin, Abg Suhaib, special sikit. Sebab dekat dengan kampung. Jadi Wak2 pun dijemput dan ikut sama. Lepas tu rupa-rupanya wife Abang Suhaib tu sepupu jiran kat kampung (baca sini). 

AMS and family bersama dengan Wak 2 family sampai awal. Ingatkan sampai awal, rupanya terlebih awal. Maka kenalah menunggu, sebab takkan keluarga pengantin lelaki nak redah je walhal pengantin tak sampai lagi kan. 

Awish tak sabar nak menunggu. Tarik muka setengah kaki sebab tak masuk2 lagi, dok menunggu kat pondok kat rumah sebelah. Last2 ayah kata, takpe Awish pegi je dulu. 

Dalam 10 minit lepas tu Awish datang balik. Lagi sekali Awish bising kat ayah (dengan orang lain Awish tak kisah) muncung kat ayah. Kenapa tak masuk2 tanya Awish. Lagi sekali ayah cakap dengan Awish. Takpe Awish masuk je dulu, kalau Awish nak makan Awish ambik je dan makan dulu.

Kat meja depan tu ada Awish yang tengah makan. Round 1.

Tak lama lepas tu rombongan yang lain pun sampai, Awish dah abis makan dan join the others.

Mina seronok bersama2 dengan rombongan pengantin. Awish??

Masa berarak, Awish berada di depan sekali. Infact Awish berjalan betul2 depan pengantin, Abg Suhaib. Bile berenti tunggu pengantin perempuan sambut pengantin lelaki, Awish berdiri sebelah pulak. Nasib baik Abg Aiman tarik Awish ke belakang. 

Mina, Kakak Limah, Wak, Wak dan Wak.

Mina khusyuk dengar gamelan yang tengah mengiring silat.

Awish, macam biasa ambik seat grand stand, nak tengok silat.

Sarah berdukung



Masa mama, ayah, Mina, Sarah makan, Awish hilang tak tau ke mana. Rasanya make sure semuanya berjalan lancar masa sesi tepung tawar atau bersanding kat dalam. Dah nak balik tetiba Awish nak makan lagi sekali. Round 2.

After that it's time to go back Puchong.

Congrats to AMS cousin Dr Suhaib dan isteri Dr Suhana. Sorry sebab AMS (Awish) enter frame


AMS balik kampung

Seronok betul AMS bila mama dan ayah kata kita balik kampung Kakak Limah.

Tahun lepas AMS, mama, Maktok dan Kakja bercuti di Melaka. Masa tu ayah tak ada. Kerja (demi Jepun). Mina selalu kata "some day can we go to Malacca with you, because last time you don't go with us".

So masa balik tu mama ajak makan di Melaka, Bandar Hilir, restoren yang AMS pegi tahun lepas.


Asam Pedas Selera Kampung

Tengoklah udang tu...perghhh!!!

Lepas makan, kampung time!!!

Sampai2 je tak lengah lagi terus Kakak Limah ajak main.


Lepas Awish main badminton Awish terus khayal dengan Optomus Prime Awish. Mina pulak sambung.

Di kampung satu malam pun dah cukup seronok.



Souvenir Dari Survanabhumi

Mina mintak ayah belikan mini library (set of small books) sebab dulu ayah belikan satu je untuk Sarah tapi ayah suruh Sarah share dengan Mina. So Mina tak puas hati la tu.

Bila ayah tengok mini library yang ada, ceritanya lebih kurang sama dengan yang Sarah punya. Tak jadilah nak beli. Ternampak pulak buku2 yang memang sesuai untuk girls - lepas tu ada sticker.

Ayah belikan untuk Mina buku dengan sticker fesyen2 baju. Sarah punya buku sticker perabut dalam rumah (bagi Sarah kenal nama barang). Bottom line bagi dua anak gadis ni berangan la (macam selalu).

Untuk Awish..hmmm...susah. Nak beli buku sticker Awish tak minat, lagi pun dia dah 9 tahun, lelaki pulak tu. Beli buku cerita tak dibacanya. Beli toy. Membuang duit pulak, dan asyik berangan bukan2 je kang Awish (berangan fight2 tu).

Puas ayah pusing dalam kedai kat dalam airport tu last2 ayah terperasan. Toy yang boleh membantu tingkatkan kreativiti, self learning, problem solving at the same time Awish dapat berangan. It's a Optomus Prime Lego - yang boleh buat jadi optomus Prime, boleh jugak dibuat truck.

Sampai kat rumah...
Sarah minat buku Mina

Sarah kurang minat buku Sarah yang ayah belikan. Tapi nasib baik last2 dua2 anak gadis ayah berkompromi main sama2. Thank you girls.

Awish pulak. Bila tengok lego tu Awish - ayah, how can I do? It's difficult!.

Dalam hati ayah, memang sebab tu lah ayah belikan. Supaya Awish ada kemahiran problem solving. Boleh jadi EngineNear macam ayah.

Esoknya masa ayah kerja, mama hantar gambar kat bawah.


Awish berjaya menyiapkan sendiri Optomus Prime Awish (mama cuma tolong sikit je, bagi guide macam mana nak proceed).

Thank you Awish.

Wednesday, September 12, 2012

Video Call dengan ayah

Ayah, I miss you. I want angry bird toy.

Awish : Ayah, can you see me?
Ayah : I can see your tummy only (sebab perut Awish besar sangat dah)

Dan macam biasa (infact setiap kali) bila Video Call dengan ayah, Mina akan menangis sebabnya, dia tak dapat nak cakap. Skype tu Awish atau Sarah je yang conquer.
Tapi ayah tahu, Mina miss ayah soooo much..



Medical Record Entry - Sarah 10 Sept 2012

Alphafetoprotein - 1.5

Alhamdulillah.

Komen Prof Lin:
- Another 3 months to go out from critical period.
- After that (ie 2013 onwards) higher chances
- After 5 years can say Sarah is cured

Insyaallah Sarah, you can do it!!

More stories here : I cry a little

Ayah love you Sarah. Ayah tahu Sarah pun sayang ayah....

Sarah giving ayah the box with a surprise gift inside.

gift inside the box -  a Heart shape from Sarah to ayah sebagai tanda Sarah sayang ayah.. hati ayah mana yang tak cair...
uSined sebelah heart shape tu kata Sarah - Dhia Maisarah

Sarah bertungkus lumus tolong ayah menyiapkan kad

Kad untuk hadiah kahwin kawan ayah.
affeNdi tu Sarah tulis berpandukan kepada arahan mama yang menyebut hruf satu persatu. Beria-ia Sarah nak tulis nama ayah.
Muin9m tu kod yang hanya Sarah boleh baca.




Tuesday, September 11, 2012

Moonlight Exercise Tragedy

Mina dah berapa hari sibuk ajak ayah nak exercise kat luar waktu malam. Biasanya ayah akan mengelat - ayah belum makan, nak sembahyang etc.

Finally one day ayah dah takde alasan. Lagipun Mina dah mula kecewa (tarik muka) sebab ayah tak layan dia.

So, ayah ikut jelah hajat. Awish dan Mina sebenarnya nak 2 perkara - 1 nak ayah ambik gambar diorang lari dalam HDR mode, nampak diorang lari macam 'Flash Gordon', laju yang amat kononnya. 




Yang keduanya nak tengok Sarah lari.

Actually hari tu masa mula2 moonlight exercise ni Sarah lari memang kelakar. Bila Awish dan Mina dah patah balik, Sarah masih lari, ambik lajak untuk buat satu pusingan U yang besar.

Tapi on that day, Sarah lari laju dan boleh buat sharp U turn. 

Selepas berkali2 lari turun dan patah balik, ayah kata cukuplah tu. Awish dan Mina kata sekali je lagi, nak tengok Sarah lari for the last time. So yang last time ni, memang Sarah 'break' mengejut untuk buat U turn, tapi...tersembam dan terus menangis.



Lutut kanan Sarah berdarah, lutut kiri dan tangan kiri kanan luka sikit. 

Walaupun kesian tengok Sarah, tapi mama dan ayah tergelak bagai nak rak tengok reaksi Sarah dan raungannya - "You see. I painfull already! I'm going to die already!" Kelakar lah anak ayah sorang ni.


Actually mama dan ayah tak panik pun bila tengok Sarah berdarah macam ni. Sebabnya tau Sarah memang strong. Apalah sangat lutut berdarah ni banding dengan kimo, operation dan every month kena cucuk tu.

Apa-apa pun tragedy kat Sarah ni give ayah a very good reason to stop the moonlight exercise activity.


Sunday, September 9, 2012

Achievement



Mina achieved something again - First Prize Spelling Competition.

Though it's small but it's a gauge that ayah been waiting. Gauge to see whether Mina is progressing well in study.

Sebab Mina under KSSR, yang takde ujian. Cuma ada band atau rank. Kalau ada ujian boleh jugak tahu Mina kat mana dalam kelas dalam tahun. Dan tahulah apa yang patut di bantu.

Dengan KSSR dan band ni ayah dan mama dan rasanya parent2 lain jadi blur. Tak tahu kat mana pencapaian anak2.

Sekurang2nya hadiah yang Mina menang ni memberi sedikit gambaran.

Teruskan Mina.


Homework - Biodata saya

Awish bersungguh2 mintak mama belikan scrapt book "Six pages only ok". So mama pun belikan la.

Esoknya, sibuk pulak nak gambar mama, ayah, Mina, Sarah and of course gambar diri sendiri. Awish tak nak gambar berukuran paspot. Awish nak gambar besar. Tapi gambar besar semuanya dalam komputer je, takde printout. Nak print pulak, printer punya ink dah kering.

Maka, mama pun terpaksalah keesokannya pegi ke IOI Mall. Mula2 nak carik ink, tapi disebabkan mahal, maka mama print je gambar2 yang Awish dah pilih kat kedai gambar.

Nilah hasilnya.





Thursday, September 6, 2012

Beloved Cousin





Mina dan Sarah siap berebut lagi nak main dengan Nadia.

Tuesday, September 4, 2012