Jumpa Prof Hany report Sarah punye HB - 12.3 ok (thanx to Maktam, Dr Rohani and Al-Islam), WBC - 1.3 low but ok lah. ANC (
About Sarah punye ceret beret, Prof kata since dah ambik Neocate tak ada apa lagi boleh dibuat selain kena tunggu kimoterapi abis dan usus Sarah sembuh dengan sendiri, kalau Neocate tu tak berkesan. Option yang ada pun stopkan terus Sarah minum susu. Gilo kau. Mau terbangun satu taman dengar jeritan Sarah kalau Sarah tak dapat susu masa tido.
Masa Prof Hany check Sarah ayah dan mama kena pegang Sarah nye kaki dan tangan, nak mengurangkan posibiliti Sarah menendang Prof Hany. Prof Hany cakap masa pegang peha Sarah "kurusnya awak ni...ha..all bone..". Prof kata lepas kimo dia plan nak bagi Sarah drip around 2 weeks to speed up Sarah punye weight gain.
Hah 2 minggu?! Campur seminggu kimo maksudnye 3 minggu kat hospital??!! Gulp! Silap2 sepanjang cuti sekolah pulak tu. Kesianlah Awish dan Mina.
Tapi tanpa berpikir panjang, mama dan ayah pikir kalau itu the best untuk Sarah cepat sembuh, why not? Lagipun dengan ceret beret Sarah sekarang nak tembam balik mesti lambat.
Overall hari ni Sarah dah kurang ceret beret. Masih ada tapi frekuensi kurang. Dan Sarah dah tak menjerit2 sakit masa membuang. Tapi Sarah nye stool warna HIJAU dan terang2 ada darah.
Hijau tu kalau ikut pembacaan kat internet dan kata Sales Manager Neocate tu memang normal untuk yang ambik Neocate. Sebabnya....tak reti lah nak explain..ada kena mengena dengan neocate tu dah tersedia untuk proses pengahadaman dan sebab tu stool tak kaler yang biasa. Tak paham? Ayah pun tak paham.
Darah tu pun normal (kut?) sebab intestine Sarah luka. Dan neocate tu help to flush sebab takde proses penguraian protin-protin. Betul ke ni?
Anyway, hari ni jugak Sarah nampak a bit more energetic dan ceria - ayah believe sebab kurang ceret dan sakit perut.
Maybe still too early to conclude Neocate is the solution. Mama dan ayah prefer to monitor 1 -2 more days.
Sarah 'memerut' kat Paed 6 lobby
Amboi...sonang hati kau ye, siap silang kaki lagi
Sarah dan mama tunggu ayah sembahyang Jumaat
Happy during dinner with ayah. Dah lama betul mama dan ayah tak tengok Sarah happy dan ceria macam ni.
No comments:
Post a Comment