Saturday, July 28, 2012

Mina's first


Tempat ke 3, Bahasa Malaysia Tulisan Cantik & Kemas.

Mina cukup bangga.

Mama dan ayah jugak.




Menunggu berbuka


Macam ni la tiap2 hari, lepas balik dari KAFA sementara menunggu waktu berbuka.

Mina dah lembik. Baring memanjang. Macam2 ucapan mengarut Mina akan cakap

"I cannot breath"
"I want to buka puasa"
"I cannot wake up"

Tapi mama dan ayah berjaya jugak kuatkan semangat Mina sampai waktu buka

Awish pulak, sibuk "panas!, panas!"

So Awish akan mandi sikit punya awal (dan lama). Dah abis mandi Awish akan pakai seluar je, tak berbaju. Showing off Awish punya badan yang 'berketul-ketul' (ke bergumpal-gumpal?) tu.

Alhamdulillah.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa

Awish dan Mina tengah bersahur

Medical Record Entry - Sarah @ Syifa 18 July

Sarah - 1 year ago, July 2011

Dalam demam mama bawak Sarah jumpa Ustaz Lokman, Syifa' Al Hidayah.

Diagnose is simple yet served as a reminder to ayah dan mama :

Sel Kanser masih ada. Time frame ustaz bagi - 5 tahun -before can be fully free from any relapse.

Macam ayah kata, it served as a reminder to mama dan ayah untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal.





Sarah, July 2012

Kisah Mina demam, bersambung. Next victim - mama

Hari Isnin yang lepas, masa bangun pagi Mama declare Mina sihat untuk pegi sekolah.

Dah habis breakfast, masa tunggu bas ayah tengok Mina dah nampak lesu, badan macam panas, macam sejuk. Takpe ayah nasihatkan Mina pegi sekolah, sebab mungkin Mina boleh tahan kalau sakit sikit2.

Pukul 10 lebih masa ayah tengah meeting ayah dapat miss-called dari nombor yang tak dikenali. Macam selalu, ayah biasanya akan buat Google search nombor2 yang tersesat kat phone ayah. Result goggle - nombor tu ada kena mengena dengan cikgu nak tukar sekolah. Ayah terus suspek ini cikgu Mina.

After a few times trying, ayah dapat bercakap dengan Cikgu Mina.

"Mina dia macam tak sihat la. Badan dia panas, dan nampak letih je. Tadi ada ujian Linus, dia tak abis pun buat, tak larat dia kata. Saya pegang badan dia pun, memang panas"

Immediately ayah tinggalkan je the next meeting dan terus pegi sekolah.

Selepas dapatkan surat pelepasan murid dari pejabat, ayah terus ke 1 Gamma. Mina tak kelihatan. Kawan2 Mina bagitau, Mina ada kat atas, kat bilik guru. Ayah pun terus ke bilik guru dan Mina tengok duduk kat kusyen, nampak lesu + lembik.

On the way balik nampak ceria sikit, tak lesu sangat walaupun badan masih panas. Maybe sebab happy ayah datang ambik.

Sorry Mina for letting you go to school in your condition.

Esoknya, Selasa Mina sekolah balik macam biasa...dan..walaupun ada sikit2 lagi demam Mina bertahan.

As for today, Sabtu, ini dah masuk hari ke 5 mama demam, teruk. Badan masih panas, pening kepala berterusan, hidung fully blocked susah nak bernafas, badan lesu (off course, sebab tak cukup oksigen). Kuat betul virus dan bakteria yang menyerang famili kita ni.

Harap2 Sarah tak kena virus dan bakteria ni.

Sunday, July 15, 2012

Kisah demam Mina

Mina demam berjangkit dari Awish dari hari Jumaat.

Pagi semalam macam ok.

Tapi bila tengahari, badan Mina merah dek kepanasan. Mata pun bengkak. Mina merengek dan menangis. Lebih teruk lagi dari Awish demam.

Petang semalam Mina tak berbaju dalam rumah sebab memang panas badan Mina.

Early this morning, panas Mina berterusan. Kesian Mina. Lepas makan ubat Mina akan ok sekejap.


Hopefully demam Awish dan Mina ni tak berjangkit ke Sarah.

Nauzubillah min zaliq.

Sambungan kisah demam

Sambung ceria semalam.

Tengahari semalam ayah berjaya pujuk Awish untuk ke Klinik Azizah lagi sekali, untuk cubaan kedua ambik darah. Tapi kena offer imbuhan jugak lah.

Kali ni cuma ayah dan Awish je yang pegi. Doktor bertugas Dr Khairel (Dr. K). Sambil menunggu masuk bilik Dr. K, Awish dah mula menitiskan airmata dah takut. Ayah cakap pulak "Nanti Awish boleh cakap dekat Syafiq, dekat Adib, yang Awish kena cucuk ambik darah, tak sakit pun, macam gigit semut je, kita nangis sikit je"

Dr K bercakap dengan lembut untuk tingkatkan confidence Awish, sambil dia periksa tangan mana dan kat mana (wrist or elbow) yang senang dapat urat untuk ambik darah).

Yang Awish pulak, Dr. K tu cuma pegang2 je Awish dah menangis sambil cakap "doktor, sakit, sakit".

Bila dah decide tangan mana nak ambik tangisan Awish makin kuat. Dan Awish dah mula mengeraskan badan. Ayah terpaksa ingatkan Awish imbuhan yang menunggu.

"Doctor! Soft doctor! More softer!!" jerit Awish. Belum pun cucuk wahai anak ku.

Masa kena cucuk Awish macam tak perasan pun sebenarnya sebab Awish sibuk meronta-ronta. Tapi sebab ayah pegang so, rontaan tu takde la kuat sangat. Lagi pun ayah cakap "Kalau Awish bergerak2 lagi sakit nanti, better you keep quiet".

"Enough doctor! Doctor!" Kata Awish masa menunggu Dr. K collect enough sample. Drip by drip.

Ayah tanya Awish yang tengah menangis "Awish sakit ke tak?" Awish jawab "Tak". Abis tu yang Awish menangis sampai tak ingat ni kenapa.

Dr K kata pulak "Sikit je lagi, finish dah ni (tipu). Abang kena berani la. Dah sunat belum?"

Sunat? Ayah tolong jawabkan "Dah sunat dah. Kat sini la dia sunat. Sampai nak runtuh klinik ni dia menjerit"

Akhirnya habis jugak sesi ambik darah ni. Kudos Awish.

Ayah insist on getting fast result. Klinik promised petang dapat result

Balik ke rumah ayah hulurkan imbuhan yang ayah janjikan.

Bagi Awish Nintendo DS Lite yang ayah sorokkan sebab nak bagi Awish study.

Petang semalam, Klinik Azizah call ayah bagitau darah Awish clear, takde denggi. It's just viral fever. Awish kena banyak minum air masak.




Saturday, July 14, 2012

...it's the 5th day

Hari ni dah hari ke 5 Awish demam.

Hari Isnin petang Awish dah nampak semacam. Nampak lesu je.

Esoknya Selasa pagi badan Awish dah panas, so ayah decide tak payah pegi sekolah. Mama bawak pegi klinik. Doktor bagi antibiotik.

Hari Rabu masih demam. Tapi Awish nampak cergas sikit. Nevertheless still too weak to go to school.

Hari Khamis masih demam. Infact makin panas. Up to 40 degree C. Selera makan dah berkurang. Asyik tidur je. Ayah dan mama dah bertambah risau. Awish tak pernah demam dan sakit macam ni. Takut kalau2 denggi. Mama suggested bagi satu malam lagi.

Hari Jumaat. Semalam. Masih panas. 38 degree C. Batuk. Malah, Mina pun dah demam. Mama bawak Awish dan Mina pegi klinik. Mina dapat antibiotik. Awish..of course kena ambik darah. Tapi...

Anak bujang sorang ni punyalah takut nak kena cucuk. Sampai muntah2 sebab menangis uncontrollable dan meronta-ronta. Empat orang pegang pun masih tak dapat nak ambik darah Awish. Al maklum jelah, dengan badan Awish yang kus semangat tu sapa yang boleh pegang. Akhirnya doktor giveup, mama giveup. Tak boleh nak ambik darah. Doktor referkan kat Sunway Med Center. At the same bagi antibiotik yang lagi kuat.

Petangnya Awish macam ok, so Awish pegi KAFA. Balik dari KAFA badan Awish panas balik. Mama bagi demam Awish satu malam lagi.

Malam tadi ayah reasoning, man-o-to-man-o talk dengan Awish kenapa perlu cucuk dan ambik darah. Macam ni lebih kurang..

"Awish dah demam empat hari. Mama dan ayah worry. Mama dan ayah nak Awish sihat. Kalau tak ambik ubat tak tau Awish sakit apa. Kalau tak tau sakit apa, tak boleh bagi ubat yang betul. Kalau tak dapat ubat betul, nanti Awish tak boleh sihat. Kalau Awish tak sihat, Awish tak boleh makan sedap, tak boleh makan pedas2 (ni doktor dah pesan kat Awish Selasa dulu). Kalau Awish tak makan sedap, nanti Awish jadi kurus."
Another version "Kalau Awish tak sihat, Awish tak boleh pegi sekolah. Awish dah empat hari tak pegi sekolah. Awish tertinggal banyak matapelajaran. Kalau Awish tertinggal matapelajaran, macam mana Awish nak naik pentas hujung tahun ambik hadiah"
Satu lagi version "Awish kan anak jantan, Awish kan lelaki, 9 tahun, kena la berani. Sarah girl, 4 years old, every month tangan kena cucuk untuk ambik darah. Sarah pun menangis tapi still Sarah hulur tangan untuk kena cucuk. Dan Sarah cuma lepaskan takut dengan jerit "I hate Doctor!!" Doktor akan balas "I love you". So Awish kena la berani"

Macam2 ayah cuba physco Awish.

Tapi Awish masih takut. Dengar ayah punya reasoning pun Awish dah takut. Menangis non stop. Awish ni 'dalam hati ada ...lebih dari taman...ada tasik, club house, pokok2 rendang'.

So...today pagi ni, Awish masih demam lagi, while Mina looks better. So memang nak kena cucuk ambik darah hari ni.



Sunday, July 8, 2012

Ayah kena 'Pau'

Semalam ayah kena 'pau' lagi.

Anak dara 2 orang Mina dan Sarah berbelanja sakan. Tak dibelikan, muncung keluar tak pun macam radio rosak.

Muka berlagak tu tunjuk plastik Guess, heheh

Ayah belikan sebab it's really a good bargain. 70% discount!!

Sarah pulak dah petang2, time2 minum petang je nak makan pizza. Layan je lah. (ni tengah menunggu ayah bayar Personal Pan dan Soup of the day)

The girls went shopping

Sebelum keluar shopping Sarah cakap kat ayah sambil tunjuk buku tu "Ayah can we go to this hotel".
Tai kat mana hotel tu?

Maldives!!

Pitam!

Saturday, July 7, 2012

Medical Record Entry - 7th July - Awish

Follow up with ENT

Kata Dr Khoay, ENT, gegendang Awish sebelah kiri dan tiub kat sebelah kanan (or is it the other way around?) looks in good condition. Since, pendengaran Awish, fokus kat dalam kelas semuanya bagus, Awish pun takde komplen dengar2 bunyi, Dr Khoay declare everything's fine and Awish need to come again for the follow up another 3 months.

Alhamdulillah. Semoga Awish dapat mendengar dengan teliti dan terus maju dalam pelajaran.

Cuma perasaan takut Awish tak hilang2 lagi. Tengok2 betul2 gambar atas tu. Tengok muka Awish, muka penuh ketakutan dan cuba nak lari. Cuba tengok bahu kiri Awish, sengaja ditinggikan untuk menghalang Dr Khoay masukkan kamera (pendek je) dalam telinga. Tangan assistant doktor tengah pegang kepala Awish, tak bagi Awish bergerak.

Lepas ayah ambik gambar ni pun ayah terpaksa menyumbang tenaga untuk pegang tangan kanan Awish yang cuba menolak tangan Dr Khoay. 

Dr Khoay pun naik angin dengan aksi Awish.

Awish, cuba la berani sikit ok...


Thursday, July 5, 2012

Medical Record Entry - July 2nd


AFP - 1.9mg/mL - Normal

Alhamdulillah.

Monday, July 2, 2012

Jalan2 dengan atuk

Atuk bermalam di rumah lagi. Ayah bawak atuk dan semua sekali makan tengahari kat Chicken Rice Shop Subang Parade.

Terserempak dengan Mak Lang dan Pak Lang. Tengah bersembang tu datang pulak kawan atuk kat kampung sembang jugak kat situ. Masing2 terkejut boleh jumpa masing 2 kat situ.




Lepas makan bawak atuk jalan2 kat dalam Subang Parade. Rupanya Subang Parade ada wheelchair yang boleh disewa. Dapatlah atuk berjalan tanpa penat melangkah. Sekurang-kurangnya takde lah atuk duduk je kat rumahh baca suratkhabar.

Sarah ambik kesempatan untuk mencari 'something sparkling' kata Sarah.



Rupanya Sarah carik baju dan seluar baru. Dah berlambak dah Sarah punya baju kat rumah.

Mana boleh Sarah je membeli kan, Mina pun nak jugak. Kopak jugak ayah kesudahannya. Sebabkan anak dara 2 orang punya pasal.

Makan sedap, jumpa anak menantu, jumpa kawan lama (yang sebenarnya 'royalty' Tuanku Besar Tampin) buatkan atuk sangat happy.


Mina dan Sarah pun happy jugak..

Sunday, July 1, 2012

2 cousins meet




Nadia and Sarah meet, and play.

There are very much alike.

Always dancing, always say "I want to buy this, buy that..."



Bakat

Sarah

Mina

Awish