Tuesday, May 31, 2011

! ! ! !

Tengah Awish main dengan Mina, tetiba dia baring. Tak lama lepas tu dia mengadu sakit perut. Tak lama lepas dia menangis teresak-esak sambil pegang perut. Muka pucat. Ayah suruh ke bilik air. Awish menangis kata bukan nak berak.

Ayah carikkan ubat, sapu kat kerut Awish. Setengah jam kemudian, Awish mengadu "I'm not feeling well" dan masih kata sakit perut. Ayah tengah kemaskan baju untuk ke Taska dan Fun Camp esok. Jam dah 9:30 masa tu. Ayah call Klinik Azizah, cannot go through. Ayah decide "Jom, masuk dalam kereta, kita pegi klinik". At that time, Mina cuba gosok perut Awish dan rasa a bit comfortable.

Masuk dalam kereta Mina duduk sebelah Awish yang baring, Mina gosok perut Awish. Ayah touched tengok 2 beradik ni. Ayah pun ambik gambar ni...
Tapi blur kan..So ayah ambik lagi sekali...elok ayah snap Awish MUNTAH!!!! (ayah ada gambar tu tapi bila tengok rasa nak uuweeekkk). Awish muntah dengan banyak. So ayah tarik Awish keluar dan Awish sambung muntah kat tengah jalan depan rumah. Baju dan seluar Awish dah habis kena muntah.

Ayah suruh Awish ke porch pegang paip dan muntah kat situ, while ayah buang muntah dalam kereta. Baunya Ya Allah, lebih busuk dari bau muntah biasa!

Awish nampak dah abis muntah. So ayah Mina ambikkan towel dan Awish buka baju. Ayah suruh Awish mandi secepat yang mungkin sebab nak kejar doktor. Ada 15 minit je sebelum klinik tutup. Sementara Awish mandi ayah basuh pulak porch dan bilas sikit baju dan seluar Awish yang dah kena muntah.

Dalam kereta ke klinik Awish kata perut masih sakit. Sampai kat klinik 9:55pm. Doktor baru je blah. Ayah blank sekejap. Tak kan nak tunggu esok. Awish nak pucat dan mengadu sakit.

So ayah drive ke Puchong Jaya, Klinik Selva. Ramai orang!!! No choice, tunggu je lah. Tengah ayah register, tetiba ayah perasan Awish hilang. Mina kata "Awish vomit" dan tunjuk kat luar. Ayah berlari keluar dan sangat kesian tengok Awish. Muka pucat, lemah dan duduk mencangkung muntah didepan longgokan sampah yang ada lipas menjalar2. No choice kat depan klinik takde longkang.

Lepas Awish rasa 'lega' Awish masuk dalam dan baring, kepala kat peha ayah. Guard klinik bagi plastik kalau2 Awish nak muntah lagi.

Teiba Awish mengadu sakit perut, sampai berkerut2 dahi. Lepas tu macam ok...Lepas lagi sekali..

Alhamdulillah, walaupun ramai orang tapi taklah selama yang ayah jangka.

Doktor kata dalam perut ada angin. Most probable cause food poisoning. Drink 100Plus, no oily food, eat bubur atau yang soft2 je katanya. Masa dia check Awish tu, Awish muntah lagi.Nasib baik ada plastik yang guard tu bagi.

Masa ayah dah settle dan bayar Awish kata "Ayah, just I try to tahan sakit perut, but cannot. It come out already" Hah!!??? Ayah tengok kat kerusi klinik ada basah2. Seluar Awish kat belakang pun basah.

Masuk dalam kereta ayah alaskan tempat duduk Awish dengan baju sukan ayah yang memang sentiasa ada kat boot kereta. Tutup je kereta, perrrghhh, bau dia. Bau muntah yang lagi busuk dari muntah bercampur dengan bau taik. All the way back, door glass dibuka..

Sampai depan rumah, Awish muntah lagi kat longkang.

Lepas sambung muntah kat bilik air. Sampai tertido2 Awish menunggu nak muntah sambil pegang paip air. Kesian....

Dah rasa lega, Awish salin ke baju yang baru (sebab baju tadi dah kena taik kan)

Ayah ajak Awish ke bawah untuk makan ubat. Tengah makan (baru settel 2 jenis ubat)...UWEEEKKKK!!!! Awish muntah lagi...terbelahak semua ubat keluar kat atas meja makan, mentik ke tikar, baju dan seluar Awish yang baru dipakai tu pun kena.

Ok lah.. esok kita try lagi makan ubat..

Awish tukar baju baru dan tidur dalam kepenatan kat katil berdekatan pintu toilet (bilik Mina). Ayah pesan kat Awish kalau nak muntah atau berak terus pegi bilik air.

Esok....pening....Mina nak pegi Fun Camp. Ayah nak kena pegi keja, ada visitor dari Jepun, Awish tak boleh nak taska maupun Fun Camp kalau camni keadaannya.

So ayah berkorban, ayah akan ambik cuti (walaupun cuti dah nyawa2 ikan) untuk jaga Awish kat rumah dan tak perlulah Mina ke taska. Lagipun esok ayah nak kena settelkan jugak tumpahan dan percikan muntah dan tinggalan bau dan sisa taik Awish kat dapur, baju2, dalam kereta.

Kesian Awish...

1 comment:

eB ezrin said...

adeiii... get well soon awish...