Sunday, May 8, 2011

5th Chemo Day 4

Pagi Sarah makan dengan banyak nasi lemak Puchong Jaya yang ayah beli. Sambil ayah suap nasi lemak, sambil tu Sarah makan harsh brown yang ayah beli untuk mama.

Sarah : Darwish, I miss you..I wanna go home..
Awish : Ala..sayang..sayang..tak mau nangis ok. Nanti dah baik, balik ok.

Lepas tu, Sarah appetite started to feel the chemo effect. Sarah takde selera nak makan, masuk tengahari, dah macam nak muntah2, loya.

Mama dapat time-off sekejap, ayah jaga Sarah sementara mama release tension (shopping theraphy) for 2 hours.

Sarah buat banyak benda dalam satu masa, sambil minum susu sambil menangis sambil tengok DVD sambil main sticker sambil main drawing board.

Mula-mula Sarah tak ceret sangat, ingatkan good effect tukar ke susu takde kultur. Rupanya masa petang, cirit barat Sarah masih tak hilang. Tapi stool not that watery.

Doktor yang round kata hari ni, based on blood taken,  sodium dalam badan Sarah dropped. Boleh menyebabkan fit. So dia ambik lagi blood untuk confirm. Harap2 just temporary macam potassium semalam yang tinggi sangat lepas back to normal.

Selepas Pak Lang and Mak Lang melawat tengahari, Sarah dapat surprise visitors dekat dekat pukul tujuh malam..ie Awish dan Mina, yang ayah datangkan khas dari rumah Mak Chek kat Shah Alam



Sarah sedih sangat, menangis masa Awish dan Mina nak balik..


1 comment:

eB said...

bukan sarah jerk sedih... eB pn samer... sabar yer sarah... auntie doakan sarah cepat sembuh... aminnnn :)