Tuesday, May 10, 2011

Rutin Awish dan Mina dan ayah

0500  : Ayah bangun dan kejut Awish untuk bangun mandi. (Awish nak bangun pukul 5 pagi). Lepas mandi Awish sambung tido (it's called Sleep Smart)
0550 : Lepas ayah mandi, Mina pulak bangun (selepas berkali-kali ayah kejut). Lepas mandi Mina akan pastikan ayah switch ON lampu, tutup kipas. Kalau tak Mina akan marah ayah.
0600 : Ayah kejut Awish untuk solat subuh. (Awish bangun dan tengok radio clock. Kalu belum 0600 dia akan tido balik. Sabar yo lah). Lepas solat Awish akan turun dengan ayah.
0605 : Awish breakfast - setiap hari Honeystar dengan warm milk (hari ni tetiba Awish nak Koko Crunch dengan cold milk).

0615 : Mina hampir siap tengah sikat rambut atau pakai stokin. Ayah naik dan remind Mina untuk cepat lepas tutup lampu, hot water, kipas, sidai towel dan...apa lagi ah??
0620 : Awish dan Mina pakai kasut, ayah masukkan beg dan barang ayah dalam kereta.
0622 : Awish dan Mina main2 kat depan rumah orang, tunggu bas.
0630 : Awish naik bas pegi sekolah.
0635 : Ayah hantar Mina kat Taska Jalinan City.

----------------------------------------------------------------------------------------

1845 - 1900 : Ayah jemput Awish dan Mina dari Taska Jalinan City. Ambik sekali baju kotor, beg sekolah kebangsaan Awish dan beg Mina. Tanya Awish nak makan kat mana. Biasanya Rejab atau Bukit, kdg2 Giant, atau Tomato. Sambil bawak kereta ayah tanya ada homework ke tak. Awish dan Mina kan fikir dulu sebelum jawab.


1945 : Baru abis makan (lambat sebab tunggu Mina menikmati makanan dengan penuh sentimentel, slow and steady, grrrrr!!!!)
2000 : Sampai rumah dan selesai masukkan beg dan barang2 lain. Awish dan Mina terus (kena remind ayah, terus je nak buat) buat homework. Ayah naik mandi, solat.
2030 : Ayah turun Awish dah abis homework dan tengok TV, Mina dah abis homework baca buku lama2, buat colouring. Kalau tadi tak mandi lagi, Awish dan Mina akan mandi masa ni. Lepas tu sambung tengok TV.
2040 : "Ayah, can I have Milo" time. Kadang2 Mina nak roti sos mayonnis.
2115 : "Ayah, can I have sosej" time. Mina nak 3, Awish nak 2.
2130 : Kamen Rider Dragon Knight. tak boleh miss especially for Awish.
2200 : Naik bilik. Mina berguling2 baca buku lagi. Awish kencing (untuk mengelakkan kencing atas tilam) dan solat Isyak.
2230 : Ayah abis baca surah syifa, Awish dah belayar, Mina tak tido2 lagi.
2300 : Ayah abis update blog, Awish dah hanyut, Mina tak tido2 lagi.
2310 : Ayah nak tido. Awish dah lesap, Mina....dah tido ke belum Mina?

1 comment:

eB said...

singgah sini :)