Sunday, May 1, 2011

Tabah

Ramai orang cakap mama dan ayah tabah. Ramai orang cakap yang diorang tak akan mampu menghadapi sebagaimana kita sekeluarga hadapi.

Yang sebenarnya mama dan ayah, especially ayah, takde lah rasa tabah sesangat. Sebabnya semuanya berlaku dengan pantas. Takde masa pun nak pikir tabah ke tak tabah, mampu ke tak. Apa yang doktor cakap, terima je. Of course dengan bantuan Mak Tam punye second opinion. Memang selebihnya tu mama dan ayah serahkan pada Allah SWT. Usaha sampingan macam amalan syifa', TF, XP180, mama dan ayah buat di masa diri mampu nak berfikir. Itu pun banyak lagi yang cuba membantu dengan cara2, kaedah2 ubatan lain. Tapi ayah dah tak mampu nak fikir lagi. Tawakkal je dengan apa yang dah diusahakan.

Selalu ayah rasa beratnya dugaan yang diturunkan. Tapi bila melihat/mendengar mereka2 yang sama2 menunggu masa berubat di SDMC Daycare, dan di ICU UMMC, ayah dan mama sedar betapa dugaan ni kecil dibandingkan dengan dugaan atau pengalaman diorang.

Read on...

SDMC Day care chemo - patient 5 y.o., chinese. Budak ni dah buat transplant bone marrow. Tapi masih perlu continue chemo. Dan parents dia dah habis RM700,000 lebih!. Parents dia memang nak transfer ke hospital kerajaan, yang kos lebih murah. Tapi Prof Dr. Lin dah merata tanya tempat lain, hospital lain. Tapi malangnya, tak ada satu pun doktor atau hospital yang nak ambik kes budak ni. So, parents dia terpaksa ke sana-sini mintak belas ehsan dari yayasan sana sini. Dan dah bertahun macam tu.

UMMC, Paed ICU, patient around 30 days, melayu. Skin infection seluruh badan. Ada tumor pulak dekat paru-paru. Nak selamatkan baby ni nak kena buat operation, nak buat operation nak kena tunggu skin infection baik dulu. Dahlah baby ni kecik lagi, ibu baby ni dari Muar, cuma tidur kat pantry ICU. Sebab takde bilik untuk parents only. Dia takde sedara mara kat KL ni. Every now and then baby dia akan nak susu dan darah untuk treatment. So, end up, ibu dia duduk menginap, tidur makan dsb dekat pantry ICU only. Masa Sarah masuk ICU dia dah 8 hari kat situ. Semalam masa Sarah follow up, ie. 2 minggu selepas Sarah masuk ICU, ibu baby tu masuk kat situ, kat pantry. Maksudnya dah lebih 3 minggu dia menginap kat situ. Dan dia habis berpantang bersalin pun kat situ. Anak lagi 4 orang, kat Muar, husband dia jaga. Masa mama kat situ, dia siap tanya boleh tak mama basuhkan baju dia kat dobi. Tapi nak buat macam mana, mama pun masa tu tak balik.

UMMC, Paed ICU, patient girl 3 y.o. (sebaya dengan Sarah), chinese. Tumor cancer di bahagian otak!. Masuk lebih kurang sama dengan Sarah kat ICU. Masa Sarah keluar ICU dia masih di situ dan pernafasannya masih tersangkut-sangkut dan belum pun sedar, bercakap dsb. The parents setia menunggu, memanggil2 namanya untuk bagi ecouragement dia buka mata.

UMMC, Paed ICU, patient 7 bulan (rasanya), India. dalam bilik yang takde siapa boleh masuk kecuali parents. Lung infection kalau tak salah. Parents baby ni dah meneruskan kehidupan yang 'normal'. Tapi setiap hari akan datang untuk spend time dengan baby.

UMMC, Paed ICU, patient baby 7 days old, melayu. Ibu dia masih tak kuat untuk berjalan. Baby ni langsung tak berdehem ke menangis ke dsb.

Banyak lagi...

Semua ni kuasa Allah. Sebagaimana sukar kita nak menghadapi dugaanNya, dan sebagaimana besar kita rasa dugaan tu, ada orang yang lebih besar dan sukar dugaan diorang. Dan ayah rasa diorang tu tak rasa diorang boleh atau sempat nak fikir mampu ke tak nak lalui semua tu, cukup tabah ke tak. Diorang cuma terima, yang penting usaha dan redha. Tak kiralah apa jenis agama, bangsa...

Of course, Allah SWT tak akan menguji hambaNya melebihi keupayaan mereka.

Wallahualam..

No comments: