Mama : *sengih* ok je
Prof Wan : Sini tak berapa comfortable tak macam SJMC
Mama : .......(dalam hati 200% memang le)
Prof Wan ni nak buat lawak ke apa ni?
Anyway, Prof Wan kata hearing Sarah still acceptable. Dan kimo akan mula hari ni (abis tu semalam duduk saja sehari rupanya). Mama also ada bagitau Prof pasal Sarah masih ceret beret. So Prof akan ambil sambil najis Sarah untuk dianalisis di makmal.
Sapa la keje kat makmal tu, kesian kau ye..kena analyse berak Sarah yang busuk giler tu.
Sarah tengah tengok TV
Walaupun Sarah ceret beret selama 2 minggu lebih selepas operate, selera makan Sarah ok. Menakjubkan Sarah nak makan dengan banyaknya kat PPUM ni. Nasi 2 setengah mangkuk, epal lagi, pastu oreo.
Chemo mula pukul 4 lebih. Regime - Cysplatin, Etoposide, Ifosimide (CEI)
Tapi mama yang dah berguru dengan Prof Lin sebelum ni terperasan yang chart/operation CEI kat sini macam lain je. Esok kena tanya Prof Wan.
Bukan tu je yang lain. Rupanya kat sini butang kecemasan nurse tak boleh tekan. Kalau pampers nak kena timbang ke, cek darah dalam kencing ke semuanya parents yang kena buat. Jangan sesekali tekan butang kecemasan tu. Mama kena marah pukul 1 pagi semalam sebab tekan butang tu untuk suruh nurse ambik pampers. Manalah mama tahu ini kelainan kat sini berbanding SDMC. Takde sorang nurse pun yang brief mama.
Nasib baiklah, masa maghrib mama dan Sarah dipindahkan ke bilik single bed. Tak tau sapa punya arahan. Mama tak mintak. Kata nurse sebab Sarah ceret beret, takut berjangkit dengan budak lain so kena 'kuarantin' kat single bed. Baguslah jugak, at least ada some privacy dan release tension mama sikit.
Tapi...ceret beret boleh berjangkit ke? Serius ke ceret Sarah ni?
Hoping for an answer tomorrow.
No comments:
Post a Comment