Saturday, May 14, 2011

Sambutan berada dirumah

Semalam Blogspot ada masalah. Tak boleh nak log in. Posting hari Khamis pun hilang, temporarily. Ayah dah suspen dah takut2 semua AMS hilang dengan hancusnya server blogspot.

Nasib baik pagi ni ok balik.

Hari Rabu, malamnya, Awish dan Mina sangat excited sebab mama dan Sarah akan balik. Mina siap buatkan satu 'kad' khas untuk mama dan di gabungkan dengan kad Mother's Day Awish yang dia terlupa nak bagi mama dan tertinggal pulak kat taska, Mina buat 'surprise' untuk mama.

Kad ucapan Mina letak kat pintu

Mina buat


Darwish's Happy Mother's day card

Tapi masa mama dan Sarah sampai dah pukul 11, dah letih sangat dah, tak larat, mama pun sakit perut yang amat, akibat dari makan benda2 yang Sarah nak dan tinggalkan (sisalah kiranya) maka masa balik walaupun perasan kad2 tu tapi tak larat dah nak bagi komen.

Hari Jumaat, Sarah menyambut kepulangan kad rumah dengan ceret-beret..bersambung..

Dalam masa 2 jam, dekat 15 keping diapers.

Hari ni kurang sikit, dan yang bagusnya (nak sedapkan hati) mama dah tahu apa yang Sarah tak boleh makan, yang boleh menyebabkan ceret beret tu.


No comments: