Hari ni it's day 5. So the chemo sub-cycle mesti dah at least no 4 kan? Nope. Selepas 5 hari kat hospital hari ni masih nak habiskan cycle yang ke 3. Sebabnya, admitted hari Khamis, apa tujuan masuk hari khamis? Takda apa2. Chemo sub-cycle 1 start lewat petang hari kedua, Jumaat. Campur dengan delay dan lengah dan lupa, yang ke 2 start tengah malam Sabtu malam Ahad. Campur dengan delay dan lengah dan lupa lagi, yang ke 3 start 1 pagi Ahad malam Isnin. So bila nak habis chemo? Agak2 nya hari Khamis la kut.
Bertambah tension la Sarah. Hari ni rasanya ada 3-4 kali call ayah, sambil menangis2 nak balik, nak ais krim Mekdonen (McDonald's). Sarah siap cakap dengan mama "I wanna go home, mama masak". Dah tak larat lah tu makan makanan hospital.
So nurse, tolonglah jangan delay2 dan lengah2 lagi. Tolong jangan lupa2 lagi macam terlupa nak masukkan drip sampai berjam2 masa chemo drugs jalan. Mama dan ayah diajar yang drip mg, manitol etc tu kena ada supaya pendengaran dan buah pinggang anak saya tak rosak. Buah pinggang anak saya yang sebelah tu pun dah tinggal 2/3 je. Janganlah lupa2 sampai tak tau yang ubat muntah dah bagi ke belum. Ok nurse?
Marah ke ayah ni? Tak kan...
Prof Wan kata ceret beret tu kalau ikut result lab analysis disebabkan supressed lactose. Dua hari lepas mama dah tukar dari Pediasure ke Nutren, sama jugak ceret beretnya. Hari ni tukar ke Peptamen, pun sama jugak ceret beretnya. Mama dah mula nak tekan butang panik dah. Apa taknya. Dah 3 minggu Sarah ceret.
Menonggeng meneran..5 kali dalam 4 jam..
Penat. Tido peluk donut and pai
1 comment:
alahai... ceret tuh mmg x leh nk stop ker? adeiii.... seksanyer... cian sarah... happy zzzzzzzzzzzzz yer :)
Post a Comment