Tuesday, May 3, 2011

Predicament Caused by CT Scan

Minggu lepas, MO Prof Wan Ariffin mintak mama buat CT scan sebelum chemo. Katanya dia cuba nak book kan CT scan kat UMMC tapi queue panjang, kena tunggu lama. So dia mintak mama buat CT scan kat SDMC ke, atau pun through UMSC. Dan jugak dia mintak tolong dapatkan CT scan result yang lama. Bila mama cakap CT scan result tu dengan Prof Raman, MO tu mintak dapatkan result tu dari Prof Raman. (tak paham, MO dgn Prof tu kat satu hospital, mama kat rumah, tak boleh ke dia je yang pegi dapatkan result CT scan tu). Anyway, memang Prof Raman sepatutnya dah return CT scan tu sebelum discharge, seperti dia sendiri janji, tapi tak dapat pun. Masa discharge mama dah mintak nurse cari CT scan tu, tapi Prof Raman takde so diorang tak berani nak geledah bilik Prof. 

Pasal nak buat CT scan bila mama call SDMC, diorang kata kena ada refer letter dari doktor sebab nak tau apa yang nak di scan. 

So hari Sabtu hari tu, masa follow up, tanya pasal CT scan, Prof Raman beria-ia dia cakap buat kat UMMC je. Katanya buat kat SDMC dan UMMC sama je. Better buat kat UMMC. Siap tolong callkan Dr Razim kat Urology. Lepas tu Dr Razim tu callkan Dr Ntahapaentah untuk bagitau CT scan nak cek apa dsb, dan set time Selasa (hari ni) pukul 8:30pagi. Itu pun selepas doktor tu kata tak boleh buat sebab rekod Sarah under UMSC, dan bukan UMMC. Lebih setengah jam gak lah tunggu nak settlekan benda yang Yang CT scan result lama pulak Prof Raman cakap dia nak copy so, hari Selasa masa CT scan dia akan bagi.

Maka hari ni, Mina kena pegi Jalinan City 6:30pagi sebab mama nak keluar pagi2 untuk beat the jam.

Sampai2 kat UMMC, nurse2 tu kata takde apa2 booking nak buat scan pun. Medical Record Sarah for both UMMC dan UMSC takde pun kat tempat scan tu. Dr Razim takde (kat exam hall) dan Dr Ntahapaentah pun takde. Nurse-nurse kat situ semuanya tak tau apa2. Semuanya macam 'eat blind salary'. 

Bila mama call Prof Raman, dia boleh pulak cakap, buat kat UMMC tak bagus sebab takde filem, CT scan result dalam disc je. So better pegi SDMC sebab ada film, senang nak refer. So boleh tolong buatkan surat referral. Tapi mama dan Sarah kena tunggu pukul 10. Terpacaklah mama tunggu pukul 10 kat tingkat 5 Menara timur. Sarah menunggu dalam kelaparan sebab nak scan kena posa kan. Takleh nak makan walaupun sebungkus nasi lemak di tangan, beli masa keluar rumah pagi tadi, dengan harapan scan habis awal dan Sarah boleh sarapan. Mama pun kena tahan lapar sebab kalau mama makan Sarah pun nak makan.

Pukul 10? Haram...pukul 11 baru Prof muncul. Masa tu mama dah bagi Sarah minum susu dan makan kuih sebab Sarah dah memang betul2 kelaparan. Kesian betul.

Dan...Prof Raman buat cerita baru lagi...dia panggil satu MO dan insist CT scan dibuat kat UMMC jugak. Dan dia mintak pastikan scan result tu ada film, tak mau dalam disc. Mama sudah angin campur suspen. Kang ntah apa lak confusion lagi UMMC ni buat. Lagipun nak scan amendenya Sarah baru lepas minum susu dan makan kuih. So mama inisit pulak untuk pegi ke SDMC. Prof Raman boleh pulak suggest untuk pegi ke satu tempar kat PJ untuk CT scan. Mama berkeras nak ke SDMC jugak. Prof mengalah.

Pasal CT scan result lama? Prof Raman terlupa nak ambik kat kedai fotostat. Boleh? Sabar je lah.

Daripada CT scan awal pagi 8:30 kat UMMC, Mama dan Sarah feel cheated dan terpaksa ke SDMC. Selepas berdebar-debar menunggu samada boleh ke buat hari ni atau kena datang esok, SDMC blok CT scan untuk Sarah pukul 2. Puasa lagi. Nasi lemak di tangan Sarah, dapat pegang je tapi tak boleh nak makan. Kesian anak ayah.

Mama berjaya untuk 'trick' Sarah untuk minum ubat tidur dan mama really2 berharap Sarah tak terjaga masa scan macam yang dulu tu.
Nampak tak macam ada spot hitam kat kaki scanner. Tu sebenarnya darah Sarah. 1st scan tak nampak apa2, hitam je. Rupanya contrast yang masuk ke hepline Sarah tercabut, menyebabkan darah backflow dan menitik. Kesian betul anak ayah ni. Kena puasa, darah keluar lagi.

Habis scan kena tunggu report pulak, membawak ke pukul 5. Doktor tak boleh nak buat full review sebab scan result yang lama tak ada. Mama a bit kecewa. Mama berkali2 call UMMC merayu-rayu kat nurse untuk remind kat Prof Raman untuk dapatkan CT scan result yang lama. That is our property, we paid for it. Tak tau lah nurse-nurse yang menjawab panggilan mama tu ambik port ke tak rayuan mama. Eat blind salary lagi ke tak tau lah. Berbeza betul SDMC dengan UMMC. Kat UMMC bab-bab admin ie appointment, booking equipment, tulis borang semuanya doktor yang buat, nurse-nurse ni apa yang diorang buat? Tak paham.

Anyway mama dan Sarah sampai rumah pukul 6 lebih, dengan tak makan tengahari cuma menjamah kuih je sikit. Neighbour sebelah yang keluar nak pergi keja sama timing masa mama keluar pun dah lama dah sampai rumah masa mama sampai. Mama ingat nak terus pegi makan, Sarah ceret pulak. Dah tukar, mama pegi sembahyang, abis sembahyang, ceret lagi sampai bocor habis baju semua kena. Nasib baik ayah dah sampai lepas tu, lega sikit mama nak ambik Awish dan Mina dan pegi makan kat luar. Mama dah tak larat nak masak. Penat dan stress kena 'gula-gula'kan dengan UMMC, UMSC dan apa C ntah lagi.


Learning from previous scan, SDMC bagi Sarah ubat yang betul2 power rasanya untuk surh Sarah tidur. Sampaikan Sarah masa makan malam pun lalok lagi dan tak habis makan pun, sambung tidur lagi.
Kesian Sarah, kena puasa sepanjang hari, nasi lemak langsung tak dapat nak sentuh, kena ubat tidur pulak, yang power punya, sampaikan dapat makan 3-4 suap je lepas tu tidur balik..

Esok harap2 urusan kat Syifa' selesai awal supaya mama dapat rejat dan Sarah dapat recover balik makan yang ter'miss' hari ni.

2 comments:

eB said...

leh bwk msk camera yer?
get well soon sarah :)

MommyCT said...

Pakai hp je. I insist to stay inside sbb takut sarah jaga n terjun turun.