Tuesday, May 31, 2011

! ! ! !

Tengah Awish main dengan Mina, tetiba dia baring. Tak lama lepas tu dia mengadu sakit perut. Tak lama lepas dia menangis teresak-esak sambil pegang perut. Muka pucat. Ayah suruh ke bilik air. Awish menangis kata bukan nak berak.

Ayah carikkan ubat, sapu kat kerut Awish. Setengah jam kemudian, Awish mengadu "I'm not feeling well" dan masih kata sakit perut. Ayah tengah kemaskan baju untuk ke Taska dan Fun Camp esok. Jam dah 9:30 masa tu. Ayah call Klinik Azizah, cannot go through. Ayah decide "Jom, masuk dalam kereta, kita pegi klinik". At that time, Mina cuba gosok perut Awish dan rasa a bit comfortable.

Masuk dalam kereta Mina duduk sebelah Awish yang baring, Mina gosok perut Awish. Ayah touched tengok 2 beradik ni. Ayah pun ambik gambar ni...
Tapi blur kan..So ayah ambik lagi sekali...elok ayah snap Awish MUNTAH!!!! (ayah ada gambar tu tapi bila tengok rasa nak uuweeekkk). Awish muntah dengan banyak. So ayah tarik Awish keluar dan Awish sambung muntah kat tengah jalan depan rumah. Baju dan seluar Awish dah habis kena muntah.

Ayah suruh Awish ke porch pegang paip dan muntah kat situ, while ayah buang muntah dalam kereta. Baunya Ya Allah, lebih busuk dari bau muntah biasa!

Awish nampak dah abis muntah. So ayah Mina ambikkan towel dan Awish buka baju. Ayah suruh Awish mandi secepat yang mungkin sebab nak kejar doktor. Ada 15 minit je sebelum klinik tutup. Sementara Awish mandi ayah basuh pulak porch dan bilas sikit baju dan seluar Awish yang dah kena muntah.

Dalam kereta ke klinik Awish kata perut masih sakit. Sampai kat klinik 9:55pm. Doktor baru je blah. Ayah blank sekejap. Tak kan nak tunggu esok. Awish nak pucat dan mengadu sakit.

So ayah drive ke Puchong Jaya, Klinik Selva. Ramai orang!!! No choice, tunggu je lah. Tengah ayah register, tetiba ayah perasan Awish hilang. Mina kata "Awish vomit" dan tunjuk kat luar. Ayah berlari keluar dan sangat kesian tengok Awish. Muka pucat, lemah dan duduk mencangkung muntah didepan longgokan sampah yang ada lipas menjalar2. No choice kat depan klinik takde longkang.

Lepas Awish rasa 'lega' Awish masuk dalam dan baring, kepala kat peha ayah. Guard klinik bagi plastik kalau2 Awish nak muntah lagi.

Teiba Awish mengadu sakit perut, sampai berkerut2 dahi. Lepas tu macam ok...Lepas lagi sekali..

Alhamdulillah, walaupun ramai orang tapi taklah selama yang ayah jangka.

Doktor kata dalam perut ada angin. Most probable cause food poisoning. Drink 100Plus, no oily food, eat bubur atau yang soft2 je katanya. Masa dia check Awish tu, Awish muntah lagi.Nasib baik ada plastik yang guard tu bagi.

Masa ayah dah settle dan bayar Awish kata "Ayah, just I try to tahan sakit perut, but cannot. It come out already" Hah!!??? Ayah tengok kat kerusi klinik ada basah2. Seluar Awish kat belakang pun basah.

Masuk dalam kereta ayah alaskan tempat duduk Awish dengan baju sukan ayah yang memang sentiasa ada kat boot kereta. Tutup je kereta, perrrghhh, bau dia. Bau muntah yang lagi busuk dari muntah bercampur dengan bau taik. All the way back, door glass dibuka..

Sampai depan rumah, Awish muntah lagi kat longkang.

Lepas sambung muntah kat bilik air. Sampai tertido2 Awish menunggu nak muntah sambil pegang paip air. Kesian....

Dah rasa lega, Awish salin ke baju yang baru (sebab baju tadi dah kena taik kan)

Ayah ajak Awish ke bawah untuk makan ubat. Tengah makan (baru settel 2 jenis ubat)...UWEEEKKKK!!!! Awish muntah lagi...terbelahak semua ubat keluar kat atas meja makan, mentik ke tikar, baju dan seluar Awish yang baru dipakai tu pun kena.

Ok lah.. esok kita try lagi makan ubat..

Awish tukar baju baru dan tidur dalam kepenatan kat katil berdekatan pintu toilet (bilik Mina). Ayah pesan kat Awish kalau nak muntah atau berak terus pegi bilik air.

Esok....pening....Mina nak pegi Fun Camp. Ayah nak kena pegi keja, ada visitor dari Jepun, Awish tak boleh nak taska maupun Fun Camp kalau camni keadaannya.

So ayah berkorban, ayah akan ambik cuti (walaupun cuti dah nyawa2 ikan) untuk jaga Awish kat rumah dan tak perlulah Mina ke taska. Lagipun esok ayah nak kena settelkan jugak tumpahan dan percikan muntah dan tinggalan bau dan sisa taik Awish kat dapur, baju2, dalam kereta.

Kesian Awish...

Pontian dan Kota Tinggi datang ke rumah.

Terima kasih pada Makcik Mini, Uncle dan Adib. Awish dapat balik ke Parit Sulaiman, Pontian. Dan Awish dapat ke kenduri Wak Long kat Kota Tinggi.

Hari ni Awish balik. Mina so happy (walaupun menangis sekejap kena sakat dengan Awish...standard la tu...nangis rindu)

Together again.

Macam-macam bekalan dari Pontian dan Kota Tinggi mama dan ayah dapat. So terubatlah sikit rasa rindu hati kat kampung, rasa terkilan tak dapat pegi kenduri.

Durian...mama kat hospital dah sabar nak rasa nih..

Dari kenduri ada telur, kerepek, bahulu gulung. Ada bagi nenas..lupa pulak sapa yang bagi.

Buah tangan kenduri jugak...kut

Dodol yang tiada tandingan..hanya boleh didapati di Parit Lanchang..resepi Bang Amat

Ini lagi spesel - dari sungai kena pancing dek Uncle, ke Taman Sentosa, Klang, ke Pontian, ke Kota Tinggi, ke Pontian balik dan akhirnya sampai ke Puncak Kinrara, ikan haruan masih hidup. Asalnya uncle nak tinggalkan masa ambik Awish hari tu, tapi terlupa. Maka dapatlah ikan ni berjalan2. Ni untuk Sarah.

Tak lupa juga ada bagi sedekah untuk buat belanja ubat dan barang2 Sarah.

Ayah dan mama terima kasih kat semua sedara mara kat kampung. Teramat terima kasih.

Dan paling terima kasih pada Uncle, Makcik Mini sebab menjaga Awish selama 5 hari.

Jasa kalian tak dapat mama dan ayah nak balas sepenuhnya. Hanya tuhan jua yang dapat membalas..

Terima kasih.

6th Chemo : Day 5

As promised ayah hari ni ke UMMC. Sarah tersangat happy. Mama cakap semalam almost seharian Sarah tanya mana ayah.

Nampak je ayah, Sarah ajak ayah main belon.


Dan lepas tu Sarah tunjuk skill main bedak kat ayah.


Hari ni dah masuk cycle yang last. Insyaallah malam esok habis cycle yang last untuk chemo yang terakhir (insyaallah). Lepas tu sambung drip another 24hrs. So samada Khamis malam atau Jumaat Sarah dah boleh balik. Prof takde plan nak tahan additional 2 weeks. Alhamdulillah. 'Balik monitor kat rumah' katanya.

Prof jugak kata AFP 8 is good enough. Just need to maintain. How to ensure it's maintain? Dia takde plan lagi.

In other words, ayah interpret it Prof said Sarah is cured, for now. Cautious is still there.

Itulah jugak perasaan ayah - gembira Sarah dah sembuh, tapi berwaspada.




Monday, May 30, 2011

A Sad sister and friend

Hari ni Mina kena duduk taska sebelah pagi dan sebelah petang. Mina tak suka sangat.

Mina : Hmmm...why I have to stay at taska..??
Ayah : It's ok la Mina, a few days only..

Ayah dah sign up Mina and Awish untuk fun camp. Dan Mina sebelum cuti hari tu sangat excited sebab Awish akan join dia kat sekolahnya. Tapi sebab Awish balik kampung, hari ni Mina ke fun camp sorang2. Ayah tak sangka Mina akan sangat sedih dan down...

A picture tells a thousands words.....

Mina miss having Awish, her brother cum friend, around

To make it worse for Mina, 3 of her close buddies ie, Shavreena, Iliya, Renee are not joining the fun camp.

Luckily mama dan ayah ada beli Conpendium of Games hari tu, purposely sorok dalam kereta sementara tunggu cuti sekolah. So tadi ayah keluarkan dan layan Mina main untuk bagi Mina lupa kesedihannya.

Tomorrow, a trip to A' Famosa Safari, ayah hope can erase Mina's sad and lonely feeling totally.

6th Chemo : Day 4

Sejak kimo berpindah ke UMMC, ayah dah sukar untuk menjenguk Sarah tiap2 hari. Kat SDMC boleh mintak lunchtime masuk lewat sikit, dekat je. Ini nak sampai ke UMMC tu dah habis waktu lunch. Jam nak pegi, jam nak balik ke opis. Tu tak campur lagi kebengongan nak mencari parking kat UMMC yang parking rate nye tak munasabah mahal tu.

So hari ni seperti a few days masa 5th kimo dulu, ayah tak berkesempatan nak menjenguk Sarah. Nak tanya mama pun tak sampai hati. Mama sendiri tak sihat, tension dsb duduk kat hospital tu. Cuma yang dapat tahu, diapers 68pcs yang baru dibuka semalam dah sampai ke row yang penghabisan. So maksudnya dalam 24 jam Sarah ceret lebih kurang 25 kali.

So, ayah dah belikan diapers topup untuk Sarah. Esok tengahari nampaknya ayah kena mintak kat boss untuk meng'ular' sekejap. Previously diorang understand, hopefully the same tomorrow.

Paper Art Theraphy










Anything to make Sarah happy and help her to kill time

Sunday, May 29, 2011

6th Chemo : Day 3

Mama tanya doktor result AFP Sarah. Here is the tumor marker movement sejak dari penemuan kanser sampai sekarang.
328000 to 28000 to 8000 to 4000 to 1400 to 800 to 17 to 14 to 8 to ??
Selepas kimo ke enam ni sepatutnya AFP tu 0. We want the AFP to remain normal (0~8) forever.

Sarah tak makan kan. Tapi hari ni masa Mina datang Sarah pun makan dengan boleh tahan banyak.

Tapi lepas tu Sarah punye perut sakit, ceret sampai bocor semua siap. Rasanya Sarah lah yg menyebabkan bedsheet dan selimut Paed 6 abis.

Best giler mamee ni...

Saturday, May 28, 2011

6th Chemo : Day 2

Today is Saturday.
Today is 2nd day of probably/hopefully the last chemo.
Today is the day Mina left ayah alone enjoying time with Mak Andak
Today is the day Awish mewakili keluarga di rumah kenduri (wakil sangat lah tu)
Today is mama and ayah's anniversary

Sarah punya mood still ok. Tak nak makan tu biasalah. Tapi it's a blessing in disguise sebab bila Sarah tak nak makan, meaning Sarah cuma minum Neocate. Dan Neocate menyebabkan ceret Sarah kurang banyak.

Tapi Sarah insist pulak nak 'Drink' (Drink = Chrysantemum tea). Selepas drink Sarah ceret dengan kerap balik. Dengan posisi mengereng dan kedegilan Sarah nak wash immediately, maka bocor lah, sampai kena tukar bedsheet berkali-kali.

Nak dijadikan cerita, masa mama keluar pegi uruskan masalah kecik tapi besar kat kedai mama, Sarah ceret dan tak nak ayah changekan pampers. Padahal mama baru je keluar tak sampai setengah jam, takkan mama nak patah balik. Sarah paksa ayah pergi carik mama. Ayah pretend carik mama. Lepas tu pegi balik kat bed Sarah. Sarah tak puas hati, suruh ayah carik mama lagi. Baru ayah sampai kat waiting area, Paed 6, Sarah dah menjerit menangis. Ayah cakap apa pun Sarah tak nak dengar dah. Ayah terpaksalah call mama, manalah tau mama dapat kelentong Sarah dan calmkan Sarah. Tapi Sarah masih menjerit menangis tak henti-henti. Mama yang berjalan pegang telefon sambil terus mencuba pujuk Sarah tersadung kaki dan tercampak telefon. R.e.t.a.k skrin telefon.

Ayah teruskan pujuk-paksa Sarah. Akhirnya Sarah mengalah. Tapi by that time dah bocor banyak ke seluar, baju dan bed sheet. Lepas ayah tukarkan semua tu, Sarah tertidur kepenatan menangis.

Mama pulak hati retak macam retak skrin telefon mama. Habis anniversary day mama....


Ayah belikan Origami, so maybe origami ni dapat bagi mama hilangkan tension dan boring duduk kat hospital.

Mina is having a great time dengan Nadia..Bagi Mina, maybe sama macam dengan Sarah kut. Ikut kata Mak Andak, Nadia pun dah excited yang amat dah dua hari dah bila tau Mina nak sleepover at rumahnya.

Awish pulak jadi pelengkap 3 stooges kat Kota Tinggi dengan sepupu lagi 2 orang. Dan Awish jadi 'kepala' 3 stooges. Dan Awish tak lupa pesan ayah (so far lah) untuk sembahyang. Cuma berus gigi tu tak tau lah buat ke tidak atau bersih ke tak bersih.

Happy Today to ayah, mama, Awish, Mina, Sarah. (walaupun tak semua yang happy) :-(

Friday, May 27, 2011

6th Chemo : Day 1

Kesian mama, kena pergi bawak Sarah tanpa ayah. Sebabnya ayah dah 'kemiskinan' cuti tahun. This is the first time ayah tak mengiringi Sarah masuk hospital. Berat hati ayah tapi ayah tetap doakan yang terbaik untuk Sarah.

Dan, maka bermulalah....

Blood test
Hearing test
Chemotheraphy

Tapi sebelum semua tu...Sarah berak sirap, berak mushroom dan berak....kan mama punya jeans baru..

Mushroom soup - masuk; mushroom soup - keluar

Penat menangis punya pasal, Sarah lelap tak payah ubat tidur, masa hearing test. Tapi yang kelakarnya kali ni taknak dia tido sebenarnya sebab test mula2 dulu hearing test yang main game. Result 2-2 test tak boleh nak compare. 

Alhamdulillah, chemo start malam ni jugak, Cysplatin -> Etoposide -> Ifosimide.

Takdelah menunggu lama sampai sehari lebih macam yang hari tu.

Mungkin Prof tau yang mama dan ayah nak balik ke SDMC. Mama kata siap tanya lagi "nak balik ke SDMC ke". Dan jugak mungkin Prof ingat mistake yang nurse dan doktor buat masa kimo yang lepas. Mungkin sebab tu ke kimo yang ni cepat?? Baru 1st day, takleh nak buat conclusion lagi.

Anyway, Prof kata Prof Lin SDMC call dia tanya perkembangan Sarah. Jadi mungkin Prof Lin bagitau Prof benda2 yang mama dan ayah tak puas hati.

Actually kalau tak kerana Prof Lin cuti sebulan, Sarah sekarang ni tengah berada di SDMC for this 6th chemo. Tak tak kisah...mama dan ayah redha dan terima.

Ready and Go..

Mina's wish, mama dan ayah berada di party nya. Tapi ayah kena pegi keja, mama kena pegi hospital. To get win-win mama dan ayah setuju untuk hantar je Mina ke kelas berserta dengan membawa party packnya.

Mina dah ready nak ke party, Sarah ready (mental not really) to go for chemo.

Sweet Sarah with friend in class


Mama dan Sarah all packed up - penuh satu 3rd row Livina untuk kimo yang ke 6. Insyaallah yang terakhir.

Sarah turut sama menghantar Mina ke kelas. Selepas tu Sarah dan mama menuju ke UMMC, ayah ke tempat kerja.

Bye-bye Sarah...be strong and recover fully soon

Awish excited nak balik kampung dengan Uncle, Makcik Mini dan Adib. Uncle sampai je, Awish terus lupa yang dia tengah packing toys yang dia nak bawak balik. Dan ayah dah ingatkan berkali-kali kat Awish "jangan lupa gosok gigi bersih2 dan solat 5 kali sehari".
Makcik Mini kata bab sembahyang tu jangan risau MakTok mesti akan ingatkan. Ya tak ya jugak ya.

Awish balik kampung naik teksi. 

Ketiga-tiga adik beradik kamching akan bertemu kembali masa..??..?  Tiga minggu lagi???

Thursday, May 26, 2011

Packing

Sarah tolong Mina packing food untuk party kat RealKids esok. Mina excited sesangat, mintak mama dan ayah attend dia punya party sekali.

Ini pun untuk esok jugak. Baju melayu dan dalam plastik baju untuk Awish dan Mina di taska esok. Dalam beg kelabu tu baju Awish untuk 4 hari 4 malam balik Ayer Baloi dan maybe ke Kota Tinggi. Ada kenduri kahwin. Bolehlah wakilkan mama dan ayah budak bujang sorang ni.

Yang ini pulak sebahagian dari baju mama dan Sarah untuk admission kat UMMC esok. Kimoterapi terakhir (Insyaallah). 
Duration? 
Maybe 9 hari, maybe 3 minggu.

Mama dan Sarah kat hospital.
Awish balik kampung ikut Uncle dan Makcik Mini.
Tinggallah ayah dan Mina je di rumah.

Infact weekend ni ayah tinggal sorang sebab dah arrange Mina pegi kerumah Mak Andak.
Mati kutulah lagi ayah tinggal sorang2.


Wednesday, May 25, 2011

Lulian and Cheese

Akhirnya ayah dan mama lepas gian. Dah berminggu2 nak beli. Baru hari ni jadi beli.

Sarah pun tumpang makan. Mama bubuh dalam mangkuk dan suapkan Sarah.



Harap2 effect makan durian ni tak macam effect makan cheese.

Semalam Sarah makan cheese sampai 3 keping sekali hadap. Mama dah cakap makan sikit je. Tapi Sarah degil. Degil punya pasal, purging berdas-das. Chesse yang dimakan keluar balik dalam bentuk cheese yang dah dikunyah. Memang intestine Sarah tak proses pun cheese. Camne masuk, camtu lah keluar.

Hari ni Neocate yg super giler premium harganya tu dah abis. Sarah memang serasi dengan Neocate ni. Ceret pun kurang. Sebab dah habis, maka hari ni mama pun berbelanja super duper premium beli lagi 2 kotak.

Jabatan Kebajikan PPUM.....ada ke??

Tuesday, May 24, 2011

Neocate Malaysia

Mama saja bagi title macam tu so that if ada orang lain yg google Neocate boleh dapat info tu from HERE. Somedico ni distributor, so tak payah le susah2 cari kat farmasi, memang takde. Hospital yg ada pun Pantai Hospital kat Bangsar tu, itupun kalau nasib tak baik takde stok. So parents out there, click to the link, address and contact no ada kat link tersebut.

Anyway, ayah semalam penat kot so tak update progress. Well mungkin takde mood sbb anak bujang ayah, mr. darwish nasyran telah 'pee' di merata lantai toilet sbb mina letak toiletries dia atas toilet bowl cover, so he was just too lazy to move the toiletries somewhere else. Lepas tu sembahyang Isya' kiblat dia pi hadap 180degree from the actual kiblat.Dapat lah pelempang sedas kot. Mama kat bawah so tak tau apa exactly jadi and malas nak amik tau sbb nanti darwish potentially dapat another libasan adalah tinggi.

Ok, mama nak update pasal Neocate ni. So far effect Neocate to the diarhea Sarah, ada improvement. From 20 to 30 times turun ke 10 to 15 times within 24 hours.

Intake Neocate pun makin banyak. Sarah start on last thursday night. First sachet habis dalam 2 hari, tu pun ada bancuhan yg tak habis. Sekarang satu sachet habis less than 24 hours, dia dapat habiskan setiap bancuhan of 3oz-4oz walaupun rasanya tak sedap. Tak boleh bancuh banyak2 sebab takut tak habis dan kalau banyak pun purging banyak le. Ni tinggal 3 sachet je, so nak kena pegi beli lagi.

Harga ayah takde letak sebelum ni but the clue is, 10 sachet Neocate ni sama dgn 4 Pediasure tin besar. 4 tin Pediasure boleh last for at least 2 month, but 10 sachet Neocate seminggu jek habis....so harap cepat lah digestive system Sarah back to normal, then boleh minum Pediasure balik.

Walaupun dah minum Neocate ni cirit Sarah still ada darah, kadang banyak kadang sikit, so until now luka kat dalam tu belum sembuh lagi nampaknya. It was advised untuk minum Neocate alone, jangan ambik makanan lain, but macam mana Sarah nak tahan lapar kan, so nasi ke roti ke anything yg boleh makan Sarah tetap makan.

Ada 3 hari lagi sebelum another chemo session..the last chemo session.

Sunday, May 22, 2011

Makan, Main

Ayah...I eat cheese...take picture..

Mana nasi briani ni...I'm hot mother..

Supermom at JM Beriani - wish granted, tapi penat melayan kerenah AMS

Contoh kerenah - anak dara dua orang nak sepit rambut dari kedai sebelah

Makan time

Beriani dengan ayam merah..cubaan makan pakai tangan...cepat mengalah bila banyak nasi yang jatuh2...bila nak pandai Awish oi..ko tu anak Jawa tau tak

 Paparazi shot of Awish and Adlan (budak 5 tahun yang suka-bertandang-kat-rumah-tapi-lari-lintang-pukang-bila-nampak-ayah.

Main badminton dengan budak Cina yang pelik..Kenapa pelik??....

...sebab geng-geng Awish yang lain semuanya melayu..budak tu sorang je Cina..

Esok ujian pertengahan tahun Awish dah mula. Tapi dari semalam dah puas ayah berleter suruh Awish tengok buku latihan..tapi Awish bagi macam2 alasan...*sigh*. Kalau baca pun, sekejap je, dah bagi macam2 alasan termasuklah

Awish : I'm hungry, can I eat?
Ayah : Habiskan dulu latihan BM tu, lepas tu baru ayah ambikkan nasi.
Awish : Ayah, if you don't give me eat, if I die and then how??

Awish baru je setengah jam makan, nak makan lagi, ayah bukan tak nak ambikkan, Ayah cuma cakap habiskan latihan BM tu baru ayah tolong ambilkan nasi. 

Kesudahannya berapa muka surat je yang Awish buat ulangkaji. Selebihnya, kalau tak makan, main.

Sarah makin serasi dengan Neocate. Mula2 hari tu dia minum malam je..mamai2 masa malam. Tapi hari ni siang pun berkali2 mintak 'shushu' hot Neocate. Sakit perut, macam teruk balik sebab...hari ni mama tak campurkan ubat sakit perut dalam Neocate. 

Today ayah punya last day of bersantai selepas 9 hari plant tutup. Besok ayah kerja balik. *sigh*


Saturday, May 21, 2011

Sarah is getting better

Alhamdulillah ceret beret Sarah makin berkurangan. Selera makan bertambah baik dan Sarah nampak lebih ceria dan bertenaga.

"I love cat"


Home made sundae kon dengan sirap are Sarah favourite past time.

Kedai nasi ayam Giant Bandar Kinrara ni dah boleh jadikan Sarah maskot dah rasanya. Almost everyday Sarah jadi customer diorang.

Makan banyak2 ok Sarah. Gain weight and energy sebelum 27hb last kimo. Kalau tak kena tahan berminggu2 kat hospital.

Hari Lahir Ke-8 Awish

Hari ni harijadi Awish yang ke 8. Very sad for Awish sebab mama dan ayah macam buat tak tau je. By afternoon 2pm Awish mintak kek every 20-30minutes. Dan ayah give a lot of excuses.

Bukan mama dan ayah buat tak tau Awish. Tapi penat, tak 100% settle lagi dengan perihal ceret beret Sarah, tak tau nak bawak Awish ke mana yang tak merbahaya untuk kesihatan Sarah, ayah tunggu kontraktor nak pasang barangan elektrik yang tak datang2, macam2 hal. Tapi macam mana pun mama dan ayah dah plan dari semalam lagi kita akan celebrate masa dinner.

Sebab kesian Awish dah masuk tahap sedih - "I'm sad already" kata Awish - maka lepas asar lah kita keluar for a simple celebration, pegi kat tempat-tempat yang Awish nak pegi.

McDonalds RnR Sunway Toll


Sarah cuma nak sundae kon

Kenapa Awish nak ke McD? Happy Meal toy spongebob yang ada iklan kat TV tu. Dah berapa kali pegi Awish masih tak dapat yang bot tu. Tapi dapat Patrick ni pun Awish ok.

Nextnya Awish nak ke official sponsor of family's birthday cake - Secret Recipe.

Semenjak Sarah operate hari tu Sarah memanjang nak beli (tak makan sangat pun), so kat rumah almost sentiasa ada kek, kalau tak Berry's, Secret Recipe. Kek Ultraman beli kat Berry's hari tu pun tak abis lagi. So takkan nak beli kek lagi. Se we settle with 2 slices of cake for Awish. And Awish's choice is Moist Choc cake - yang Awish tak abis sebab tak sedap kata Awish.

Mula2 nak makan kekkat rumah je, tapi AMS insist nak makan kat situ gak. Siap order mushroom soup sorang satu lagi.

Awish also order Earl Grey tea. Pun tak sedap kata Awish. Smelly. 
Mana ada, sedap je lah Awish, bau pun best Early Grey ni.

No candle blowing (sebab tak beli kek)
No gifts (kalau bagi tak study pulak kang, Monday nak exam)

But finally, Awish did have a simple celebration where his appetite wish was fulfilled.

Selamat Hari Lahir ke-8 Darwish Nasyran.
Ayah doakan Awish jadi lebih matang dan bertambah bijak, dan menjadi anak yang soleh.
Amin.