Sunday, April 24, 2011

Situasi Bahasa

Intro
Awish dan Mina have a good command of English. Puncanya Awish masa berumur empat tahun di diagnosis ada Mild ADHD atau layman kata susah nak fokus dalam pembelajaran. Jadi ikut nasihat therapist, komunikasi dalam satu bahasa je. Mama dan ayah decide - English, sebab kat sekolah pun sekarang ni banyak pakai English. Jadi Mina pun automatik lebih bercakap dalam English sebab komunikasi kat rumah lebih dalam English. Tapi Mina ni, kekadang English dia ter'over'.

Side effect - kedua Awish dan Mina lemah dalam Bahasa Malaysia. Tambah ketara bila bergaul dengan kawan2 yang sekolah kat mediumnya BM atau bila dengan sepupu2 dan pakcik.makcik. Dan, subjek yang Awish paling lemah kat sekolah adalah tak lain dan tak bukan Bahasa Malaysia. Tambah lagi pulak subjek Kefahaman. Kalau homework atau ujian memanjang 'blur' like sotong. Jadi, sekarang ni, ayah me'wajib'kan Awish bercakap dalam BM dengan ayah. Sebagai latihan kefahaman BM. Bila mama kat hospital, Awish memang automatik cakap melayu, bukan takut tapi akur dengan ayah. Mina pun kena jugak cakap dalam BM. Sebab tak nak Mina pun problem bila masuk Darjah 1 tahun depan.

Kat sini ayah nak bagi situasi Mina dengan English nye yang 'over' dan masalah BM Awish. Kedua situasi ni jadi minggu lepas masa Awish dan Mina berbapa dan beribukan Ayah.


Situasi 1
Ayah tengah bersungut sorang2 pasal rumah banyak sangat semut. Dah masuk empat bulan dah rasanya semut dimana-mana. Sampai MommyCT boleh buat posting dalam blog jenis-jenis semut yang bersarang kat rumah ni. Ayah tak ketinggalan meleterkan Mina. Tapi Mina bercerita pulak.

Ayah : Mina next time, when you drink syrup, drink in the kitchen ok. Don't drink here (TV hall), if not, the ants will come.
Mina : (tiba2 bercerita) Hah, ayah..last time my grandma told me, when they small, the house has a loootttt of ants. The ants eat eevverryyy thing.
Ayah : Iya?? Which grandma, Wan or Mak Tok? Tampin or Pontian?
Mina : No my grandma la.
Ayah : Ya lah which one?
Mina : No my grandma, from English.
Ayah : *terkedu* (macam mana ayah pun boleh tak tau yang ayah ni anak orang English??)

Apa yang Mina cakap/cerita lepas tu ayah tak berapa dengar dah. Sebab terkejut + kompius.


Situasi 2
Last week, adalah satu hari tu, masa ayah ambik sebelah petang, dalam perjalanan ke Giant nak makan malam, Awish mintak ayah belikan mainan 'Walkie Talkie' sebab kawan Awish Puteri Salina ada mainan tu. Macam ni lah perbualan ayah dan Awish.

Awish : Ayah, nanti ayah tolong beli walkie talkie.
Ayah : Walkie talkie?? Nak buat apa?
Awish : Alaa..ayah belilah. Walkie talkie. Daripada jauh ke. Tapi  ayah boleh bawak, ayah boleh jadi polis. Tapi  saya dah tau cane....Puteri Salina dia bayar...RM10 dua puluh sen. Tapi saya tak taulah macam ne nak bukak. Tapi... dulu mak saya yang dulu tu ada beli untuk saya.
Ayah : Mak yang dulu ? (inginkan kepastian yang ni betul anak kandung ayah dengan mama??? dan kompius..kenapa banyak 'tapi'??)
Awish : Ha...mak yang dulu. Yg dulu tu. Tapi ... yang ni 2011. Yang dulu, yang dulu lg, yang hujung daripada situ, 20..20... daripada satu saya bangun, tapi 21, umur saya 21 tapi... tapi..
Ayah : (kompius dan sikit lagi nak pitam) Mak Awish yang dulu?? (masih tak puas hati)
Awish : Ha..ah..mak saya yg dulu beli..beli...walkie talkie..tapi ...saya ada abang.tapi tahun ni saya takde abang. tapi... saya nak abang. tapi ..

(Ayah tak dengar dah yang seterusnya, dah pitam, blackout. Tapi (tapi?? berapa banyak tapilah) sebelum pitam ayah sempat merakamkan percakapan Awish untuk rujukan mama dan future reference, kalau2 perlu dibawa ke mahkamah).

Kepada yang membaca, ayah nak buat statement yang ayah adalah anak Melayu, bukan English; dan Awish tak pernah ada 'mak yang dulu' dan takde abang dari mak yang dulu.

*BLACKOUT*

4 comments:

=MissRynn= said...

adehh...lawak la mina ngn awish ni..

eB ezrin said...

eB pn confius... :)

shafa said...

sorry..nak tanya mcm mn nak detect mild ADHD tuh..?? sbb rsnyer my daughter pn having the same problem tp not sure...gaya awish berckp sama seperti my daughter berckp...xpaham....

fnd said...

Kalau anak tu tak boleh fokus dlm sesuatu benda, maybe ADHD.
Tapi bercakap tak betul tu tak semestinya ADHD..mungkin Learning Disorder yang lain.
Cuba google ADHD atau Learning Disorder, ada some info. Lagi bagus biar Pakar Kanak2 yang buat assessment.
Just sharing.