Sime Darby Medical Center
Tiap-tiap kali datang mesti ada masalah "folder tak sampai", "form takde", "concierge tak sampai lagi". Tapi bila staff2 tengok mama atau ayah dah tarik muka, diorang mesti follow up the next or previous process, suruh cepat sikit. Proaktif.
Parking ample, dekat dengan rumah/ofis - ayah boleh selalu datang.
Ambience menyenangkan.
Rawatan semuanya dibuat secepat yang boleh takde tangguh, takde queue lama. Waktu lawatan 7pagi sampai 9:30mlm. Ayah blh tidur sama kat wad.
Sarah dah mula sesuai dan serasi kat SDMC, dengan nurse nurse dah boleh borak2, dengan Dr Lin dah boleh senyum, dengar arahan.
Tapi mahal Ya Rabbi. Ada parent patient kat daycare chemo tu dah habis beratus ratus ribu. Nak pindah tempat lain, takde hospital yang sanggup nak ambil, sebab sakit complicated sangat.
Bilik single approx RM250 inclusive food and nursing.
Sebab tu lah mama dan ayah decide we need to move to UMMC.
Satu lagi yang boleh menjaga/diagnose Sarah hanya Dr Lin sorang. Dia takde backup.
University Malaya Medical Center (Private Wing - UM Specialist Center)
Nak ke sana -jam biasanya, sebab kena lalu Tol Sunway, Federal Highway. Parking, sesak.
Ambience - biasalah hospital kerajaan.
Customer Service - sense of urgency and willingness to help, sangat kurang. Mama dan ayah perlu banyak kesabaran, expectation kena adjust. Waiting time 3 hours - 2 orang je dapat register.
Room rate (UMSC) lagi mahal dari SDMC. Dahlah bilik lagi mahal ratenya, food dengan nursing separate pulak tu.
Estimate bill untuk pembedahan Sarah nanti lebih RM15 ribu. Nak admit kena letak deposit RM10000 (Editted, sebelum ni tersalah tulis RM1000) . Terkejut ayah dengar. Alhamdulillah duit sebanyak tu ada, tapi sebab tak pernah dengar amaun sebanyak tu untuk deposit, sampai 10 ribu!!
Anyway isu kos kat sini sebab Sarah akan duduk kat UMSC ie Private Wing ni (Ayah nak stresskan kat sini - nama dan kos Private). Terpaksa, atas recommendation Dr Raman sebab surgeri boleh dibuat secepat mungkin. Kalau nak ke fully subsidized ward, maybe have to queue and can go up to 3 months. Takpelah duit yang ayah ada ni untuk Sarah.
Tapi selepas surgeri, Sarah akan ke wad biasa untuk kimoterapi. Kos jauh lebih murah (orang kata), even though ikut kata Dr Raman, harga ubat baru dinaikkan. Dan kanak-kanak sekarang kena bayar, dulu subsidized.
Kat UMMC Prof Raman ada banyak back up. Consultants, student dia yang jugak doktor etc. So blh kata around the clock akan ada orang jaga Sarah.
Sarah, nanti bila Sarah kat sini ayah tak dapat nak datang selalu. Ayah tak dapat nak ulang alik. Dan mungkin ayah tak dapat nak datang tiap-tiap hari. *sigh*
1 comment:
Saya setuju. UMSC sangkat mahal
Post a Comment