Thursday, April 21, 2011

UMMC Day 8 : Post Surgery Day 5

Masa mama turun breakfast kejap, tiub kat leher Sarah tercabut lagi, darah keluar lagi. So nurse dan Dr Hari decide tiub tu cabut terus, morphine stop, dan yang tinggal insertion kat tangan kiri je, untuk albumin.

Minum susu makin banyak, b*rak pun makin banyak. Tanda yang bagus. Yang tak berapa bagus, Sarah 'sembab' or bengkak satu badan. More like water retention.

So doktor suruh exercise sikit. Before that mama suruh Sarah tidur kat stroller dan kaki ditinggikan kat katil. After a while, bengkak kat kaki Sarah surut. Then drip kat tangan nurse cabut dan Sarah is free!! Tapi...Sarah taknak berjalan. Terpaksalah Mama tolak stroller Sarah. Baru nak sampai kat front counter UMSC, ayah pun sampai. Apa lagi Sarah mintak dukung la si manja ayah ni.
Tengoklah sembab nye muka Sarah.

Sarah terus nak berjalan (berdukung?) jauh sikit, so mama dan ayah bawak Sarah ke tingkat 2 untuk beli kuih. Walaupun Sarah beria-ia tak nak berjalan. Tapi mama dan ayah berjaya jugak trick Sarah untuk berjalan. Walau pun tak lama dan tak jauh, at least something for a start. Tapi ambik masa nak hilangkan sembab kat muka dan perut Sarah.

Nebulizer untuk clearkan kahak kat tekak. Nurse cakap kalau operation memang ada kahak kat tekak. Betul ke?

Ayah datang bawak benda ni..

Kenapa ayah beli ni? Sebenarnya ini untuk 'exercise' paru paru dan abdomen muscle Sarah. Sebab yang kedua sebelum nurse kat wad ni, jimat duit dan buat sendiri...

Manalah Sarah nak tiup. Tak menarik langsung. Kalau iyepun nak jimat duit buatlah something yang boleh menarik minat budak 3 tahun. Ini buat pakai rubber glove dengan syringe semata-mata.

Anyway, Dr Hari datang lagi dan menggunakan ke'serius'annya untuk buat insertion baru kat tangan kanan. Yang tangan kiri punya, buang or tutup, sebab dah lama sangat. Menjerit2 anak ayah mintak tolong masa Doktor cucuk kat dalam treatment room. "Ayah!, ayah! where are you!" jerit Sarah mintak tolong. 
Bila dah abis ayah tanya "Kenapa Sarah?"
Sarah jawab "Cucuk". So comel.

Dr Hari turut memberi berita gembira - Sarah dah makan, So mama belikan nasi kat Ani Sop Utara (UMMC ada Ani Sop Utara, that's one of the plus point here).

Nikmatnya dapat makan nasi dan sop


Then, macam hari2 sebelumnya..
It's time for ayah to say goodbye

Bye ayah, see you tomorrow.


2 comments:

eB ezrin said...

singgah lagi... dgn doa utk mu :)

wan said...

mmg ada kahak sikit dlm 3 - 4 hari camtulah...

semoga sara sihat dan auntie doakan kebahagiaan sara dunia n akhirat..amin