Friday, April 22, 2011

UMMC Day 9 : Post Surgery Day 6

Sarah beraktiviti sekitar UMMC hari ni. Jumpa Prof Wan untuk register dan follow up, jenguk kat UMMC Paed 6, persediaan untuk kimoterapi 2 minggu lagi. Nampak macam Sarah boleh berkenan duduk kat situ. Sempat jugak makan, tengok kek dan buat 'kek' kat Secret Recipe Menara Utama.

klik kat sini untuk gambar dan cerita

Ayah datang dengan baju untuk 2 malam semua cukup. Sampai2 mama bagitau Dr Hari cakap, besok boleh discharge. Also mama bagitau Sarah memang seharian buang air besar lepas minum susu. Melepet lepet lak tu. So mama risau kalau2 Sarah tinggal dengan ayah malam ni, tetiba Sarah nak mama yang wash. So setelah berpikir panjang, tanya dan test Sarah finally mama dan ayah sepakat, mama yang tunggu, ayah balik jaga Awish dan Mina. Lagipun tinggal satu malam je lagi.

Sarah menikmati pau yang ayah beli. Mula2 jual mahal, siap uwek2 lagi
 masa ayah makan. Last2 Sarah yang mintak pau tu.

Sarah memang dah tak sabar nak balik. Some more Dr Hari cakap dah boleh mandi, so Sarah beria-ia nak balik.
"I wanna go home NOW!!".
"Ok, esok kita balik ok" kata mama dan ayah.
Sarah jawab "NOO!! I wanna go home NOWWW!!!!"
Bersiap untuk mandi. Mandian pertama selepas 7 hari.

Masa mandi mama buka plaster sepanjang Sarah abdomen cut. (Salute you Mama, really salute). Ni lah rupanya surgery kat abdomen Sarah. Luka tu dah bercantum, rapat. Tapi perut Sarah masih sembab, bengkak.
(Again, yang tak tahan, jangan tengok lama2)

Selepas mandi, Sarah nak turun kebawah nak beli nasi lemak. Ayah pulak nak terus balik, dengan beg2 ayah angkut. So Sarah ingatkan dia akan balik masa tu. Bila ayah balik lepas beli nasi, Sarah menunggu ayah datang balik untuk ambik Sarah, to go home.

Sampai ke lewat malam Sarah tunggu ayah datang balik, kata mama.

Sarah, ok, Insyaallah esok, kita go home sama-sama.

No comments: