Monday, April 18, 2011

Cancer Removal Surgery : Tangan dan Kentut

Jari jemari Sarah hitam, kesan dari chemotheraphy

Sarah takut di ICU. Suatu tempat yang asing, dia tak tau bila dia sampai situ, lemah, lepas tu kejap2 ada macam2 jenis orang tengok dia, takde tv, takde entertainment. Sebab tu bila mama, ayah takde, dia akan jerit "mother!, ayah!" pada pukul 5 pagi sekali pun, tak kira. "kakak, let me go!!" (pada pukul 5 pagi bila nurse buat sponging). Kalau mama dan ayah takde dia kan tutup mata, ketakutan. Kalau mama dan ayah ada jauh sikit atau pun kat luar ICU (boleh dengar dia jerit, kuat betul suara dia) mama dan ayah akan bergegas ke tepi Sarah dan Sarah akan cakap "Where you go?!". Marah. "Mama/ayah duduk". Lepas mama dan ayah duduk, Sarah akan tarik tangan mama/ayah dan pegang sekuat-kuatnya.

Pegang tangan mama dan ayah buat Sarah rasa selesa, sedikit. Kalau ada orang datang, tak kira siapa, even saudara sekalipun. Sarah akan pegang lagi kuat tangan mama/ayah. Kalau ayah cuba nak lepaskan Sarah akan cakap "ayahhh".

Masa nurse lepaskan 'wayar2' dari tangan Sarah untuk Sarah keluar dari ICU pun Sarah masih tak percaya dan pegang tangan ayah/mama kuat-kuat. Terpaksalah nurse tu 'manouver' lepaskan wayar2 dengan susah payah.

Almost ready to go out from ICU

kenangan di ICU

Prof Raman declare Sarah is progressing well as expected dan ready to go out from ICU. Yup! memang progressing well. Dah mintak susu, mintak nasi lemak, mintak kek. Tapi kesian tak boleh makan lagi.

Petang tadi Sarah discharge dari ICU dan ditempatkan di UMSC normal ward.



Di UMSC ward, walaupun banyak 'wayar2' tu Sarah selesa (sikit) sebab boleh tengok TV, tengok DVD. So Sarah tak kesah dah nak pegang tangan. Dia boleh layan kebosanannya.

Tapi bila dah kat situ lagi macam macam Sarah mintak. Selain susu hot, nasi lemak, kek, cheezel, pegi giant, nasi sup fish pedas (asam pedas), kuih, dan macam macam lagi.

Sarah masih tak boleh makan lagi selagi takde tanda2 yang bowel Sarah berfungsi dengan normal. Apa antara tanda2 bowel normal?

Kentut.

So selagi Sarah tak kentut, Sarah tak boleh makan.

Kentutlah Sarah. Kentutlah cepat.

No comments: