Pagi muntah sampai kena dressing. Jadi dressing kena tukar, tapi Sarah resist, sampai mengamuk. Masa ayah sampai tengahari tengah bad mood lagi. Makan pun tak nak. So, ayah keluar dan belikan nasi ayam Chicken Rice Shop.
Alhamdulillah lepas tu Sarah makan, boleh kata banyak lah, Sambil main puzzle, sambil tengok CD, sambil tengok tv, Sarah makan, mama suapkan. Dahsyat anak ayah sorang ni. Empat aktiviti dalam satu masa.
Just before 5pm, chemo drugs yang last Mesna, abis. Maka tamatlah 4th chemo cycle. Tapi mama memang mintak stay satu malam lagi sebab nak drip air masuk kat Sarah. Kalau balik rumah, Sarah taknak/susah nak minum. Dr Lin tak kisah, even though blood test pagi tadi Dr cakap white blood count rendah 1.5 je.
Then Sarah marah. Sebabnya ayah nak balik. Ayah nak balik mandi, ambik baju, settlekan kedai mama le. Muncung giler mulut.
Ayah : Ayah balik kejap ye?
Sarah : NO!!!
Tapi ayah balik jugak, no choice. Masa ayah tutup pintu bilik wad, ayah dengar Sarah jerit "I want father!!!".
Masa ayah datang balik, Sarah dah ok balik. Tapi masa maghrib Sarah muntah banyak. Nasi ayam siang tadi ada yang keluar lagi. Hmm...dah abis chemo baru muntah..Sarah cuba nak makan gak, tapi muntah lagi..
Finally Sarah giveup. Tapi bad mood. Sarah tau nanti boleh cuba lagi.
For the time being layan CD Hi-5 dulu. Sampai tidur.
No comments:
Post a Comment