Thursday, April 7, 2011

An Important Day

Hari ni adalah hari yang penting. Blood test dan CT scan menentukan tahap 'kejayaan' Sarah melawan kanser setakat. Juga untuk menentukan samada Sarah sudah bersedia untuk pembedahan.

Malangnya, ayah tak dapat menemankan Sarah. Sebab (1) ayah nak jimatkan cuti..rasanya ayah akan kena banyak cuti lagi lepas ni. Sebab (2) ayah ada meeting dengan 'maharaja' jepun kat kompeni ayah. Tapi ikut perancangan dan jadual ayah, dan kalau kena timing ngam, ayah akan dapat berada di sisi Sarah bila Dr Lin nak bagi penerangan.

Masa ayah sampai parking spital, Sarah dah masuk scan room. Cantek!! Timing ayah memang ngam. Sampai2 kat Radiology ward, Sarah dgn mama pun keluar scan room. Tapi lain macam je ayah tengok. Rupa-rupanya tgh nak CT scan Sarah terjaga.Ubat tidur minum abis, tapi Sarah boleh terjaga. Bila nampak ayah, Sarah terus terkam ayah, ayah cuba tidurkan, tapi tak berjaya. No problem nanti masukkan ubat tidur ikut chemo port, terus ke darah. Lagi senang nak tidur.

Ayah dukung plak masuk dalam scan room. 2mg ubat tidur masuk, lalok dan merapu, tapi tak tidur. Masuk lagi ubat tidur, makin banyak pulak borak. So takleh jadi, male nurse tu masuk lagi sampai maximum for Sarah. Puas ayah, gosok mata, gosok tangan, kepala kaki semua cukup. Tapi Sarah tak tidur-tidur. Siap ajak ayah borak lagi, dalam lalok dan mata layu. Sampai ayah pun naik angin. Apa taknya, kalau budak lain, sekejap dah belayar dah tidur. Ni Sarah tak tidur-tidur dah dekat sejam. Makin besar mata adalah.

Last2 no choice, terpaksa gunakan kekerasan. Kena pegang dan tekan tangan Sarah untuk abdominal CT scan. Siap kena masking tape lagi. Mama pun join sama dalam bilik untuk pegang Sarah. Kena scan jugak, dah letih dah lab assistant dan patient lain menunggu Sarah.

Memang kuat anak ayah. Tapi Sarah jangan kuat melawan mama dan ayah dan nurse dan doktor dan lain-lain lagi. Kena kuat layan kanser jugak.

Disebabkan Sarah taknak tido, masa 'snake'ing ayah pun dah time. Ayah dengan sedihnya balik ke opis. Sedih sebab tak dapat nak jumpa doktor. Takdapat tolong mama cakap dengan doktor.

Cakap apa?

We want to continue chemo at UMMC after the surgery. Another reason why this is such an important day.

Anyway, mama berjaya cakap dengan doktor. Dr Lin cakap ok. Dia akan refer kan kat Prof Wan Ariffin. Alhamdulillah.

Also, based on blood test result, esok Sarah kena masuk sekejap SDMC untuk buat blood transfusion. Dan 12:30pm esok kena pegi jumpa Prof Ramanujam untuk explain dan plan for next week surgery.

Result CT scan? Tak siap lagi, esok je Dr explain. Jangan CT scan tu tak jadi, dan kena ambik lagi sekali sudah.

Sarah happy selepas berjaya untuk tak tidur. Sabar je lah. Dahlah tu, nurse2 sibuk cakap jangan bagi minum susu dulu nanti muntah sebab kesan ubat tidur tu. 2 botol Sarah belasah, ok je. Macam takde apa apa ubat tidur tu.


No comments: