Wednesday, April 20, 2011

UMMC Day 7 : Post Surgery Day 4

Hari ni drips ('wayar2') Sarah banyak yang dah dibuka. Rate of drip yang ada makin dikurangkan. Antara yang masih continue - morphine. So sebab morphine still jalan, walau pun Sarah dah boleh minum susu hari ni tapi tak boleh minum susu dengan banyak. Kena ikut sukatan. Contoh 1 fl oz every 3hrs. Kemudian tambah sikit-sikit. Yang bestnya, mama bagi dekat 2 fl oz instead of 1 fl oz, sebab kesian tengok Sarah kelaparan tapi nurse atau doktor tanya berapa bagi - 1fl oz.

Sarah lega gila dapat minum susu..

Tak percaya, tengok gambar bawah ni..
Happy kan? Gambar ni mama tangkap lepas minum susu. Sarah siap cakap "Haaahhhhhh". Lega lah tekak Sarah yang kering tu.

Masa minum ni tiub yang kat hidung ada lagi. Petang masa ayah datang dah takde dah tiub tu.
Muncung2 pun masih nak mengamati sticker yang Mina pilihkan dan ayah jadi tukang bawak ni.

Doktor Hari cakap, susu boleh tambah sikit demi sikit dan esok maybe dah boleh makan solid food. Antibiotik will run for 7 days. Kalau tak sampai hari Ahad hari Sabtu baru habis.

Bila ayah nak balik, macam semalam sangaaattt sedih. "I want ayah...!!!". Tapi nasib baik ada toy yang Mak Andak belikan. Leka sikit Sarah. Thank you Mak Andak.
Cuba menghilangkan kesedihan ayah nak balik dengan main toy baru.

Bye Sarah, esok ayah datang lagi.. Bye ayah..! Sarah insist mama baring kat sebelah.

Kepada yang wonder macam mana doktor2 potong perut Sarah hari tu boleh tengok gambar bawah ni.

Perut kena belah dari tepi ke tepi lagi satu, dan dari tengah dada ke bawah. Few organs dikeluarkan untuk dapat access ke tumor.

Sapa yang tak tahan, jangan lah tengok lama2.





1 comment:

eB ezrin said...

eB x thn tgk sbb eB sedih... tringat kat shah ms kat CICU... tuh dh besar... bapak org dh pn... kalo kecik lagi cam sarah nih... subhanallah...