Friday, April 1, 2011

Day 5 of 4th Chemo

Tghari ayah dapat call dari mama. Sarah menjerit menangis2 sebab dia nak tengok Wonderpets kat salah satu CD dia. Tapi nak tgk kena ada remote player. Player remote tertinggal kat rumah. Maka mengamuk2 la Sarah.

Tak lama lepas tu mama call lagi. Call dari Subang Parade. Rupanya Sarah paksa mama keluar pegi carik CD Wonderpets.  SpeedyVideo dah tutup.Mama pegi Parkson. Kat Parkson takde jual CD pulak so mama pegi ke Empire plak (ada Toys'R'us). Cari kat situ takde jugak. Mama patah balik ke Subang Prade. Jumpa kedai tapi CD Wonderpets takde.

So ayah bergegas balik, ambik remote dan hantar ke CDMC. Sampai SDMC orang azan Jumaat. So tak sempat nak makan walaupun lapar giler sampai kepala dah pening. Sempat makan cendol dengan rojak je. Sampai ke petang ayah nye migraine. Berkorban untuk Sarah...

Hari ni Sarah makan banyaaakkkk kata mama. Cergas je pulak tu. Alhamdulillah.

Tarik muncung sebab nak tengok gambar kat kamera. CD tu lah yang Sarah pau mama. Satu siang Sarah tak tido, main puzzle kat kaki dia tu berulang-ulang..

Anyway, ni explaination Dr Lin pasal plan untuk Sarah.
~ Hari Khamis 7/4/11 CT scan dgn blood test, don't expect AFP to be 0 katanya. Dia rasa kalau ikut CT scan yang dulu, akar tumor tak nampak, so maybe that's why AFP akan susah nak Zero
~ Hari Sabtu 9/4/11 pegi jumpa Prof Ramanuram kat UMMC bawak CT Scan result (rasanya Dr Lin akan jumpa sekali)
~ Minggu 11-15 April lepas tu, surgery untuk buang tumor kanser
~ 2 weeks after that, sambung chemo balik
~ Most probably, akar tumor or kanser tak dapat dibuang, so lepas tu kena radioterapi pulak.

All this timing is crucial according to Dr Lin sebab, kalau cepat sangat, maybe Sarah still weak due to the chemo. Kalau lambat sangat, akan bagi peluang kepada kanser.

Ayah jadi panik dan takut for Sarah.

Ini semuanya usaha. Doa dan tawakal selebihnya.

No comments: