Sarah dah dalam posisi ni dari selepas habis makan malam, just before 7pm tadi. Hari2 lain pun biasa macam tu lepas makan. Tapi lepas tu, paling lama lepas 30 min Sarah akan ok balik (especially bila dah dapat berak). Tapi hari ni aksi mengerekot, menandakan perut Sarah (dalaman) sakit, dan moody Sarah berterusan even selepas mandi. Dah dapat cheezel kesukaannya pun Sarah masih macam ni. Tak bagi orang usik dsb, sampai Sarah terlelap. Mungkin kepenatan melawan sakit.
Mama baru je check temperature 38.9 celcius. That's super high!!!
Esok, definitely ayah dan mama nak kena tanya condition Sarah, dengan Prof Raman masa follow up esok.
Hopefully Sarah is fine.
No comments:
Post a Comment