Memang Sarah happy. Happy yang amat. Boleh nampak kat muka Sarah betapa sukanya Sarah sebab dah boleh balik. Lagi pulak dapat jumpa Awish dan Mina selepas seminggu lebih tak jumpa. Rindu betul Sarah kat Awish dan Mina, especially kat Awish. "Darwish, doktor do Sarah sakit perut" mengadu Sarah kat Awish masa cakap kat telefon lagi. Sampai kat hospital Sarah tunjuk kesan surgeri kat Awish dan Mina.
Happy to be with Awish.
AMS tengah merancang sesuatu.
M n S tengah menggeladah beg mama dah packing
Sarah tak nak duduk dengan mama, tak bagi mama dekat pun. Nak berpangku dengan abang Awish.
Satu family kebuluran. Belum lunch lagi. Sarah taknak makan dah sebab tak sabar nak balik. Maka mama pun tak dapat nak makan, breakfast pun tak dapat. Awish, Mina dan ayah tak makan sebab rushing sana sini carik cash plus mama nak makan sama-sama. So paling senang - McD tol sunway LDP. On the way balik dan jugak tak ramai orang. Itu pun mula-mula Awish nak nasi, Mina nak cheeseburger, Sarah nak pegi Giant. Mid through the journey, Awish dan Sarah changed their mind, diorang nak makan McD jugak. Nasib baik, kalau tidak pening ayah dan mama nak penuhkan hajat ketiga-tiganya.
The Special girl enjoying french fries....
...dan ayam goreng.
Finally enjoying shushu hot at home sweet home.
Sarah masih melalui condition di mana dalam setengah jam minum susu, Sarah akan b*rak, liquid form yang melimpah ruah sampai bocor tempat baring. Dah 3 hari termasuk hari ni. Tapi Sarah jauh lebih selesa dirumah walaupun dalam keadaan macam tu.
Syukur Alhamdulillah, pembedahan Sarah dan recoverynya seperti yang dirancang. Ayah dan mama mengucapkan jutaan terima kasih atas doa-doa dan sumbangan-sumbangan yang dicurahkan. Hanya Allah yang betul2 dapat membalas jasa kalian semua.
Begitupun, perjuangan Sarah dan kami sekeluarga masih belum selesai. Masih ada lagi follow up dengan Prof Raman, rawatan Prof Wan Ariffin, kimoterapi, risiko jangkitan, risiko blood poisoning, risiko HB kurang, risiko platlet kurang, regular follow up dan sebagainya untuk melawan kanser yang Sarah hadapi. Penghujungnya bila? Hanya Allah SWT yang tahu. Namun kami "Lawan Tetap Lawan" (takde kena mengena dengan mana2 parti politik).
Apa pun terima kasih sekali lagi.
1 comment:
Well done Sarah....
Post a Comment