Tuesday, April 19, 2011

UMMC Day 6 : Post Surgery Day 3

Hari ni ayah terpaksa tinggalkan Sarah untuk berkhidmat demi Jepang. Walaupun kat opis, mental dan fokus kat hospital. Pukul 11 lebih mama call sebab Sarah nak cakap dengan ayah. Sarah cakap sambil menangis teresak-esak "Ayah, I painful!". Rupanya salah satu tiub Sarah tercabut dan darah backflow keluar. So bila nurse nak betulkan Sarah rasa sakit. Kesiannya anak ayah.


Muka Sarah makin bengkak, water retention. So doktor kurangkan ratio most of the fluids and drugs.

Good news is that, selepas dibagi ubat b*rak, Sarah pun b*rak. Kencing Sarah pun dah banyak. Maknanya bowel Sarah berfungsi dengan normal. So Sarah dah mula ambil fluid - dimulakan dengan air kosong. Tapi mana puas, Sarah dok merayu-rayu (betul-betul merayu) kat mama mintak belikan kueh. Tapi mama kena tunggu Sarah betul-betul boleh minum fluid tanpa ada side effect. Lagipun macam mana Sarah nak makan bila ada tiub yang masuk ke perut melalui lubang hidung dan tekak. Tiub tu kena keluar dulu baru senang makan.

Fisioterapi pun datang hari ni bagitau Sarah kena exercise untuk pulihkan muscle perut - letak bantal kat perut dan tiup kertas tisu etc. Tapi mama dan ayah sepakat kalau Sarah menjerit kat mama ke ayah ke, tu pun satu exercise muscle perut jugak..hahaha.

Anyway, Sarah memang bengang dengan mama, sebab mama tak layan rayuan Sarah mintak belikan kueh. So bila ayah datang petang, Sarah boikot mama. Ayah je yang boleh duduk sebelah Sarah. Tangan ayah tak dilepaskan. Kalau lepas, cepat-cepat Sarah tarik balik. Masa ayah datang, Sarah tanya "Ayah where's Mina?". Bila ayah cakap sekolah, Sarah cembeng.

Tapi tak boleh lawan cembeng dan tangis Sarah bila ayah cakap nak balik. Sedih betul Sarah sebab ayah nak balik.

Father!, father!, ayah!, ayah!



Sarah sedih yang amat, menangis sayu, kesat airmata sendiri.

Sarah, ayah janji, Insyaallah, esok petang ayah datang lagi.

1 comment:

eB said...

masyaallah... sesungguhnyer eB sgt respect insan2 yg tabah... semoga Allah berikan kekuatan & ketabahan yg berlipat kali ganda pader anda sekeluarga... aminnnnnn
get well soon dear sarah :)