Monday, March 21, 2011

You forget!!!

Hmmm.... sampai berkali kali mama dengan ayah kena marah dengan Sarah hari ni..

Hari ni follow up dengan Ustaz Lukman. Hari ni dugaan Allah amat besar kat situ, orang ramai, nombor lambat dipanggil dan kesudahannya empat jam menunggu.

Dalam masa empat jam tu, alhamdulillah Sarah tak meragam, sangat. Tapi beberapa kali dengan tiba-tiba dia teringat beberapa benda yang tak dibawak / ada masa tu.

Mula-mula Sarah punya 'cantek' iaitu pewarna kuku (yang baru dibeli semalam masa mama bawak Sarah dan Mina ke Giant sebab Sarah nak nasi ayam Giant. oh ye...malamnya pegi lagi beli nasi ayam tu). Dia marah mama sebab tak bawak / lupa bawak benda tu.

Lepas tu tiba-tiba pasal selipar. Hari ni Sarah pakai selipar Mina. (Actually bukan hari ni je. Selalu dah. Dan bukan selipar je yang Sarah 'pau' Mina. Panty pun Sarah pau Mina.) Tiba-tiba dia ungkitkan kenapa mama tak beli selipar untuk dia. Walhal semalam masa kat Giant mama nak belikan Sarah yang tak nak.
Lepas tu pasal nasi ayam Giant tu pulak.

Lepas tu pasal pen. Berleter lagi kenapa tak bawak pen.

Setiap satu Sarah akan cakap kat mama "Mother, you forget!!!"

So lepas abis kat Syifa' tu, dan habis kat Sunway MC untuk ayahnye appointment dengan ENT (nasib baik sempat sampai sebelum Doktor Koay balik), maka ke Giantlah. Untuk makan nasi ayam kat situ dan beli 'cantek'. Lepas tu Sarah cakap 'go home'. Maka baliklah ke rumah.

Sampai depan rumah, tiba2 Sarah marah "Mother you forget slipper!!!" berulang-ulang. Punyalah blame mama lupa. Padahal Sarah pun lupa jugak Takde dengar dah apa mama nak explain/pujuk. Aiyak..

Maka pegi lah ke Giant lagi. Belikan selipar tu. Pas tu tanya Sarah, apa lagi nak? Kang jangan forget lagi. Apa lagi dia pun mintak baju princess. Abis ayah kena pau hari ni.

Dah balik, masa makan, ready nak menari dengar lagu Dora. Skirt nilah yang baru dibeli tu. Terus pakai bila sampai rumah.

Berulang-ulang tengok Dora, sampai bergaduh dengan Awish yang nak tengok Kamen Rider.

Joget dengar lagu Dora.


No comments: