Thursday, March 3, 2011

1st March - A very looonnggg day.

It was last Tuesday. 1st day of March, Hari ke tiga selepas pemergian Wan. Ayah spirit was at the lowest. Pagi lagi ayah menangis sebab ayah rasa macam 'there's so much pain inside'. Start dengan kanser Sarah, kemudian pemergian Wan. Ayah dah tak boleh tahan lagi. Mama pujuk ayah. 'Time will heal our sadness' kata mama. Tangisan ayah habis tapi emosi masih tak stabil bila ayah pegi kerja. Tak boleh fokus. Badan kat ofis, hati perasaan kat kampung. So pukul 10 ayah keluar pusing pusing naik kereta takde hala tuju. Kemudian masuk highway dan berenti di RnR Dengkil. Selepas melelapkan mata, emosi ayah sedikit stabil dan ayah terus drive balik kampung. 

Petangnya, ayah burst into tears memikirkan arwah Wan ada 'mass' kat abdomennya, sama dengan posisi 'mass' kanser Sarah. Memikirkan makcik makcik Sarah relatekan pemergian Wan dengan Sarah re-born. Ayah menangis tanpa kawalan. Mak Andak, Pak Uda, Mak Chek, Pak Lang cuba menenangkan ayah. "Your strength is our inspiration". Tapi ayah tak rasa ayah ada strength tu. 

Nasib baik atuk masa tu tengah bercakap kat telefon. Ayah taknak Atuk sedih. Ayah cuba mem'busy'kan diri untuk melupakan kesedihan. Tapi tak berapa berkesan. Ayah tido, pun tak berkesan. Sampai Makteh tanya 'Di, kau kenapa?' Ayah cuma menggelengkan kepala, Sesekali airmata mengalir keluar.

Sehinggalah sesudah maghrib, ayah dan Mak Andak sama sama melepaskan tangisan sedih dan sekali Mak Andak ingatkan yang makcik dan pakcik Awish, Mina, Sarah semuanya understand ayah's pain dan salute dengan ketabahan ayah dan mama. 'You are special, sebab ujian ujian tu diturunkan pada kau Di."
Ayah slowly dapat kembali kekuatan. Ayah percaya, ayah memang special. Semangat ayah kembali setelah bacaan Yaasin dan tahlil.

Allah maha besar. Allah maha kuasa. Allah knows best. Di saat itulah ayah dapat panggilan mama yang Sarah demam kuat, selsema, lemah dan admitted ke SDMC. Jam masa tu 10mlm. Ayah tenang dan boleh berfikir dengan waras apa yang perlu ayah buat. Ayah tak tau apa akan jadi kalau berita tu sampai masa emosi dan semangat ayah lemah.

Sesudah sahaja jamuan makan, ayah salam semua makcik, pakcik, sepupu-sepupu, of course peluk cium Atuk sebelum masuk kereta untuk drive balik rumah. Ayah cuma bagitau Mak Andak, Mak Teh, Pak Uda dan Pak Ngah rasanya. Ayah tak nak bagitau semua orang sebab taknak sampai Atuk tahu dan Atuk panik dan risau. Atuk masih vulnerable emotionally.

Ayah tiba di rumah jam 12 tgh mlm. Sarah dan Maid Ja di hospital. Awish, Mina dan mama baru sampai rumah dari hospital. Mama dan ayah berbincang, sapa nak jaga Sarah, sapa nak jaga Awish dan Mina, sekolah macam mana, kedai macam mana. Lepas tu mama packing - for Sarah, for mama, for Awish dan Mina. Ayah lelapkan mata sekejap. 

Plan asal mama nak drive 4.30 pagi esok ke hospital dan change guard dengan Ja. Tapi ayah kata "apa bezanya kalau pegi sekarang". Masa tu pukul 2 pagi. Kira kira 15 minit kemudian mama dan ayah dah dalam kereta menuju ke SDMC. Awish dan Mina nampak tidu nyenyak jadi di tinggalkan sendiri kat rumah. Tawakal. 

Ayah tinggalkan mama di SDMC dan balik dengan Ja. Alhamdulillah Awish dan Mina masih tidur nyenyak, Tapi ayah tak boleh nak lelapkan mata selepas tu. Memikirkan hidup kita berubah semenjak 21 Januari 2011. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya jadi kuat. Bukan saja ayah, bukan saja mama. Tapi kesemua anak anak ayah dan saudara saudara di sekililing kita.

Wallahualam.

No comments: