Saturday, March 19, 2011

3L


Gambar ni memang tak clear. Sebabnya Sarah tengah 3L atau LLL - Lari, eLak, Lawan.

Semuanya gara-gara nak suruh dia minum supplement (XP180, TF). Dalam keadaan dia yang kurus, nampak tak bermaya tu, sebenarnya dia kuat. Ada tenaga tambahan lagi bila nak suruh makan supplement. 2-3 hari sebelum ni dia 'ok' je nak makan. Umpan dengan aiskrim dah ok. 

Tapi malam tadi, mungkin disebabkan bibik Maid Ija ada (memang dari kecik tempat dia 'mengadu' etc.) Sarah jadi persistent tak nak. Bila mama dekat, bawak supplement, dia lari. Kena kandang kat sudut bawah tangga, Sarah boleh elak dan lari ke dapur. Kena hadang kat pintu dapur, Sarah elak dan lari ke tangga, nak naik ke atas untuk ikut maid yang disuruh naik (sebagai trick nak suruh Sarah minum - "kalau nak naik atas dengan kakak, kena minum dulu"). Nasib baik ayah ada. So mama dengan ayah 'pagar' kan tangga tu. NO, NO, NO, Sarah tak give up punya, masih lawan lagi.

Pujuk lembut sudah, pujuk keras sudah, ugut sudah, ayah terpaksa pretend marah pulak. Nak suruh Sarah berlembut dan pegi kat mama. Walaupun berat hati, ayah buat jugaklah suara marah ayah, biarlah Sarah benci or tak suka ayah, tapi ayah cuma nak Sarah minum supplement tu dan sihat cepat dan sepenuhnya.

Finally (not immediately, semangat lawan masih tinggi) Sarah cave in to mama dan nak dukung. Tapi masih tak nak minum. Pujuk lagi sampailah dia nak minum. Itupun nak bibik yang suapkan.

*sigh* 

Semua ni jadi selepas mama, ayah, abang Awish, kakak Mina, ambikkan bibik dari kedai (3 hari kena paksa tidur kat kedai sebab batuk) seperti permintaan Sarah. Pegi ke IOI Mall, beli popcorn dari GSC untuk hari yang ketiga berturut2.

Sarah dah makan nasi banyak, susu close to post-3rd chemo punya amount, dan berjoget lagi banyak bila tengok Hi5. 

Dan tak lupa Sarah dah boleh buat 3L.

Sarah, ayah mintak maaf kalau ayah over reacting.

1 comment:

sYuFiNaZ SuHAiMiN... said...

aunty sentiasa doakan yang sarah akan sentiasa kuat untuk trus berjuang....