Saturday, March 12, 2011

Update 12/3/2001 : Day 12 at hospital, 3rd Chemo

Today Sarah dapat pelawat dari jauh, Wak Long(laki bini) datang dari jauh, Kota Tinggi. Tengahri Wak dtg dengan Bang Iwan dgn Kak Som. Maghrib datang lagi dengan Kak (Teacher) Timah dan suami.

Tapi semasa kedua-dua lawatan tu Sarah lemah sangat. Angkat kepala pun tak larat.

Sarah tak nak makan, minum susu sikit. Ta[i muntah banyak, dan banyak kali. Takde apa yang keluar cuma lendir-lendir. Rasanya kahak dari batuk dan selsema Sarah.

Malamnya bila Kak Mina makan bun barulah Sarah nak makan tu, sikit.

Malamnya ada satu ubat tu yang sepatutnya run for 22hrs, tapi habis selepas 5 jam. Apa kes.Tengok setting rate, betul, tak salah, kalau ikut rate tu habis pukul 4 esok. Nak kata kena langgar, takde.  'Ubat' tu macam 'supplement' untuk satu lagi ubat, fungsinya untuk prevent kerosakan kat bladder Sarah.
Rupa-rupanya syringe yang farmasi supply tu SALAH size. sepatutnya size 50ml tapi diorg letak 20ml punya. Hospital macam ni punya canggih dan mahal pun ada kesangapan macam ni.
So nurse call Dr Lin. Dr Lin's advice continue balik (dgn 50ml) pukul 3 pagi. So for 4 hrs bladder Sarah takde ;protection'. Hopefully takde apa2.

Sarah lemah yang amat hari ni

bagi Mina, tidur kat hospital ni macam satu percutian..happy dapat bersama mama

Mana Awish??

Enjoying his time at Uncle's house..ni tengah mandi sambil joget sambil nyanyi 'boleh pandang pandang'

Awish with his favourtie cousin, Adib. Adib, with his favourite cousin, Awish.


No comments: