Sunday, March 6, 2011

Hidden Treasure/Facts

There were some important facts tentang Arwah Wan yang ayah (and most of uncle and aunties) only found out selepas Wan meninggal dunia. Fakta-fakta ni dijumpai dalam 'time capsule' - almari yang mengandungi barang barang peribadi dan penting bagi Wan dalam bilik tidurnya.

Wan sebenarnya dilahirkan sebagai Timah, bukannya Zainun. Mak Andak jumpa surat beranak tapi tak tau siapa punya sebab tak pernah tau nama Timah tu. Yang tau nama adik adik Wan Zaiton dan Zainab. Bila atuk cerita barulah perasan rupanya itu surat beranak Wan.
Ikut surat beranak ni, tarikh lahir Wan 7.12.1935. Tapi IC Wan tarikh lahir 30.6.1924. Yang ni masih tak tahu mana yang fakta, mana yang auta.

Mengikut cerita yang diturunkan kepada Atuk dan diturunkan kepada ayah dan pakcik makcik semua, Nek Siah (Wan kepada Wan) setelah melihat cucunya, dia tak suka dengan nama Timah tu, maka di tukarlah nama Wan kepada Zainun (or Zainon? pun fakta/auta tak pasti) seperti yang tertulis belakang surat beranak Wan, tengok gambar kat atas.

Satu lagi fakta/dokumen penting adalah tarikh ulangtahun perkahwinan atuk dan wan. Tengok salinan Marriage Cert kat bawah.

Setelah barang barang peribadi dan berharga arwah Wan di bahagi bahagi untuk adik beradik, atuk memerintahkan almari 'time capsule' tersebut di bakar. It's time for atuk, it's time for ayah adik beradik to move on...




Kuda kayu pemberian pelawat dari Sweden kat rumah 1978 atau 1979(masuk TV masa tu, apa tujuan ayah tak ingat) pun dijumpai dalam almari time capsule tu. Ayah bawak balik sebagai koleksi nostalgik merangkap mainan (kalau korang nak main lah kan).



No comments: