Wednesday, March 9, 2011

Not sure

After first two hospitalisation cum chemo, total bill already RM34K. Limit untuk setahun PMCare cover RM35K. So PMCare tutup buku.

Maka this hospitalisation, pakai Sarah punya insurans.

Personal insurance coverage is RM50K per annum. Selepas 7 hari, bil dah mencecah RM9K. Insurans tak cover semua, ayah kena bayar between RM300-RM1000. Tapi will RM50K survive another 3-4 rounds of chemo? Not sure. To belum kira lagi kalau kena admitted macam sekarang ni. Cukup ke tak? Not sure.

Ofis ayah ie HR Dept nak buat collection drive untuk Sarah. Diorang tanya ayah ok ke tak untuk reveal Sarah nye masalah? Fikir punya fikir ayah tak rasa apa2 pun, atau pun tak kisah. Kalau kongsi orang akan tanya dan itu akan mengingatkan ayah pada Sarah. Sekaligus mendekatkan ayah pada tuhan. Jugak ayah ingin kongsi pengajaran bahwa masa dengan anak-anak tu sangat berharga dan kita kena redha dengan dugaannya.

Tapi ayah khuatir pulak...orang mungkin akan kata..
"bila kena time management nye anak sakit, ada buat collection, anak/sedara aku pun sakit gak tapi takde apa2 pun"
"dah tau SDMC tu mahal, kenapa tak pikir hospital yang murah"
"tengok dah beli XXXX, pakai duit yang kita derma untuk benda bukan2 la tu" (ingat kes Ras Adiba Radzi beli motor besar?)

Ayah risau apa orang kata. So nak accept ke tak, HR nak buat collection drive? Not sure..

No comments: