Wednesday, March 30, 2011

Day 3 of 4th Chemo : Positively Sad

'Prof Ramanujam. Ctscan @ sdmc will be done 2 wks after 28/3. If scan ok, then proceed w surgery. Liver n lymph do biopsy see cond. May or maynot need transplant. Cant tell. After removal chemo until afp 0 + 2 cycle. Radiotheraphy may or maynot, cant tell now.'

Ini SMS yang terima dari mama. 

Disebabkan hari ni ayah penuh dgn kerja-kerja firefighting kat plant dan meeting dgn top management, ayah tak dapat nak ke hospital jumpa Dr Lin. Masa dapat SMS tu ayah tengah tunggu nak meeting dengan supplier. 

Terima je SMS tu ayah jadi sedih. 

Sedih membayangkan Sarah (sebelum kimo yang skrg ni) dah cergas (lebih cergas dari pre-cancer time) petah bercakap, jadi lucu bila dengar pelat pelat Sarah ("Dah baik rah", Sarah tak cakap 'lah' tapi 'rah'), rasa penting bila dia datang nak tengok TV sambil pangku kat riba, mintak tolong ayah tukarkan pampers, mula nak gian membaca A-B-C; akan dicucuk-cucuk perutnya untuk buat biopsy. Lepas tu kena bedah untuk remove tumor pulak. Tak nak dibayangkan masa Sarah nak recover dari sugery.

Tapi Dr Lin dah judge that condition Sarah sekarang ni best untuk remove tumor. Treatment yang dia plan bukan untuk control the cancer tapi totally kill and remove the cancer cell. Ayah selalu do'a mintak Allah hapuskan sama sekali sel sel kanser dari tubuh Sarah, maka, Insyaallah, inilah jalannya. 

Dan mengikut kata Maktam, dia kenal dengan Prof Ramajunam tu, he's good.

Jadi walaupun ayah dan mama sedih membayangkan apa yang Sarah akan lalui, dan walau macam mana pahit dan pedih sekalipun keadaan tu, ayah dan mama kena positif, yakin dan redha inilah peluang dan jalan terbaik untuk Sarah pulih sepenuhnya.

As expected, since this is the 3rd day of chemo, Sarah dah rasa effectnya. Moody. Dan spend most of her time tidur.

Sarah,
Ayah dan mama inginkan yang terbaik untuk Sarah, jadi jangan marah sebab Sarah akan di 'potong sana, cucuk sini' semasa Sarah rasa Sarah dah sihat.

No comments: