Tuesday, March 29, 2011

Day 2 of 4th Chemo : 'Surprise'

Nampak kat belakang tu? Etoposide, Ifosimide, Cysplatin, Mesna semuanya jalan serentak. Mama dan ayah dah macam Oncologist dah ni.

Sarah baca Women's Weekly sambil chemo durgs jalan masuk.

So far Sarah masih cergas dan ok, belum nampak effect ubat2 chemo. Dengan nurse pun dah kurang fobia. Siap boleh borak2 lagi dgn nurse, kata mama. Not only that mama boleh tinggalkan Sarah untuk keluar kejap pegi Subang Parade, hantar laptop pegi repair. Biasanya hari ketiga barulah ubat chemo tu bagi kesan kat Sarah. 

Hari ni Dr Lin bagi surprise kat mama dan ayah. Dia kata, lepas chemo cycle yang ke empat ni dia nak buat surgery untuk remove tumor. Dia akan referkan Sarah ke UMMC (UH) untuk dapatkan khidmat Paed Surgeon yang bagus. Ayah takde masa dia bagitau kat mama. Bila mama dengar tu, mama tak tau nak tanya apa. Macam tergamam. Bila mama bagitau ayah, ayah pun macam tergamam jugak.

Memang mama dan ayah tau yang soon Sarah need to go for a surgery to remove tumor tu. Tapi we expect maybe bulan Jun ke Julai ke. So bila doktor cakap after this cycle, maksudnya it's very very soon. Mama dan ayah nak kena prepare ourselves mentally ni.

Sekarang ni dah banyak soalan dalam kepala nak tanya Dr Lin esok.

Bila surgery tu ie sebelum next chemo ke, immediately lepas 4th chemo ni abis ke; sapa Paed Surgeon tu; lepas surgery boleh terus chemo lagi ke; boleh tak sambung chemo kat UMMC (with lower cost); kalau AFP tak single digit lagi dia nak teruskan surgery ke; ........



No comments: