Thursday, March 31, 2011

Darwish dan Baju Melayu

Hari Rabu masa balik dari Taska, Awish cakap esoknya ada Kem Solat Bestari, so kena pakai baju melayu.

So pagi tadi ayah pun sediakan baju melayu untuk Awish ke sekolah. Awish siap pilih lagi tu baju melayu. Tak nak yang kaler pic, nak yang kaler coklat. Nak samping sumer cukup. Songkok baru beli tinggal kat taska so ayah carikan songkok, nasib baik jumpa songkok yang lama.

Maka hasilnya...
Awish segak berbaju melayu..bukan selalu Awish nak bersamping bersongkok ni. Kalau time raya pun jangan harap.

Ayah happy sebab Awish akhirnya boleh ingat arahan cikgu.

Petangnya, Awish bercerita. Dia menangis bila sampai kat pondok entrance sekolah dan tak nak masuk. Akhirnya kengkawannya Qayyum, Saiful dan sorang lagi pujuk dia masuk kekelas. Sampai kat kelas Awish nangis lagi. Kawan dia Saiful pujuk lagi until Awish stop menangis. Awish menangis sebab takut kalau2 cikgu marah. 

Sebabnya?

Awish sorang je pakai baju melayu bersamping bersongkok bagai seluruh sekolah!! Mana ada cikgu suruh pakai baju melayu!! "Saya tak paham apa cikgu cakap" kata Awish.

Sabar je lah ayah. Nak marah ada, nak gelak ada, kesian pun ada....Nasib baik cikgu tak marah, ikut kata Awish lah. Entah-entah cikgu pun sama, nak gelak ada, nak marah ada, kesian tak sampai hati ada, dan dalam hati cikgu tu agaknya 'sapalah bapak budak ni agak eh...sangap betul'

Yang tambah kesian/tragis lagi tu, Awish cakap lepas Kem Solat tu (nasib baik betul ada Kem Solat) ada budak cilok kasut dia. Salah ambik lah maksudnya. Dia terpaksa pakai kasut budak tu yang bersaiz besar.

Awish, awish......

*sigh*

2 comments:

MommyCT said...

ADOYAIIII kuar airmate gelak @12.40am ni hah...
Siannya anak mama sorang ni....

icE said...

hehehhehe lawak la, tapi bangga dgn awish yang ikut 'ckp cikgu' walaupun salah paham....