Nilah kedai yang Sarah suka sangat ni. Hari ni dah hari ke empat berturut2 Sarah paksa mama dan ayah datang sini dan beli nasi ayam kat sini. Post chemo yg lepas2 pun Sarah sama.
"I wanna go Giant"...kalau dengar tu mama faham dah.
Biasanya Sarah nak tapau je. Isnin dan semalam, Sarah nak dok makan kat situ dan dah abis tu Sarah nak tapau jugak.
So Sarah akan dapat makan nasi ayam ni even breakfast.
Yang bagusnya, Sarah makan banyak....sampai bertenaga boleh main sepanjang hari, bergusti dengan Mina, mama dan Mina tido petang Sarah berjaga main..
No comments:
Post a Comment