Sarah pagi pagi lagi dah muncung. Tahu nak kena pegi hospital, so semuanya tak kena.
Mula-mula gi Daycare Chemo. Nasib baik kat sini ada buku2 kartun2, colouring, ada fish. Sarah ceria lah sikit. Masa kat sini jumpa Pak Arab, Abdullah, yang anak nya dah setahun buat chemo sebab Leukimia. Dia offer nak bagi air zam-zam dan kurma dari Yemen. Ayah exchange kad dgn dia dan janji hari Khamis nanti ayah call dia.
Gambar kat atas tu perasan apa2 yang pelik?
Lepas ambik darah kena kat Daycare Chemo kena buat hearing test. Result - kalau dulu at 8000Hz Sarah hearing borderline, kali ni at 4000Hz pun ada kurang sikit. Tapi audiologist tu tak boleh nak confirm sebab hari ni Sarah macam tak fokus sangat. So, mama mintak buat test masa tidur.
Untuk tidur kena minum ubat tidur. Ambik kau, sampai tiga orang pegang Sarah, nak bagi dia ubat tu. Last2 dapatlah jugak, tapi Sarah muntahkan balik. Tapi rasanya ada yang tinggal kat dalam perut sebab tak lama lepas tu Sarah lelap. Dapatlah buat test tu. Bukan kat katil, tapi kat prem Sarah, sebabnya takut dia terjaga kalau diangkat ke katil. So dapatlah buat test untuk telinga kanan. Bila nak tukar telinga kiri Sarah dah jaga dan langsung tak nak tidur balik. Test tu kena sambung hari Rabu.
Sarah macam terpikat dengan topi kat kedai for kanser patient. So mama belikanlah.
Nampak dah apa yang pelik?
Hmm...Sarah pakai dress, tapi ada pakai skirt. Dah pakai skirt dalam pakai seluar. Pelik kan? Sebab pagi tadi meragam sebab tahu nak kena chemo, so Maid Ija ikutkan je apa yang dia nak. Hasilnya Fashion Crime of The Year. Dah lah tu kaler tak matching lak tu. Masuk topi tu lagi haru biru. Siap doktor Sarah, Dr Lin, yang dah tua boleh cakap "Your dress is very interesting". Nak kutuk lah tu, tapi tak sampai hati agaknye,
Result blood test AFP 1409. Still not single digit and 0 as mama expected. But Alhamdulillah dah drop banyak dari 328000 dulu.
So no CT scan for today. Finally at 4:30 baru dapat masuk wad. Masa nak tukar pampers mama baru perasan, Sarah siap pakai dua lapis panty!!! Astaghfirullah. Memang Fashion Crime betul.
Chemo started at around 7pm with etoposide.
So far Sarah happy lagi when the chemo started. Esok lusa...sampai Ahad...entah le.
No comments:
Post a Comment