Thursday, March 31, 2011

Darwish dan Baju Melayu

Hari Rabu masa balik dari Taska, Awish cakap esoknya ada Kem Solat Bestari, so kena pakai baju melayu.

So pagi tadi ayah pun sediakan baju melayu untuk Awish ke sekolah. Awish siap pilih lagi tu baju melayu. Tak nak yang kaler pic, nak yang kaler coklat. Nak samping sumer cukup. Songkok baru beli tinggal kat taska so ayah carikan songkok, nasib baik jumpa songkok yang lama.

Maka hasilnya...
Awish segak berbaju melayu..bukan selalu Awish nak bersamping bersongkok ni. Kalau time raya pun jangan harap.

Ayah happy sebab Awish akhirnya boleh ingat arahan cikgu.

Petangnya, Awish bercerita. Dia menangis bila sampai kat pondok entrance sekolah dan tak nak masuk. Akhirnya kengkawannya Qayyum, Saiful dan sorang lagi pujuk dia masuk kekelas. Sampai kat kelas Awish nangis lagi. Kawan dia Saiful pujuk lagi until Awish stop menangis. Awish menangis sebab takut kalau2 cikgu marah. 

Sebabnya?

Awish sorang je pakai baju melayu bersamping bersongkok bagai seluruh sekolah!! Mana ada cikgu suruh pakai baju melayu!! "Saya tak paham apa cikgu cakap" kata Awish.

Sabar je lah ayah. Nak marah ada, nak gelak ada, kesian pun ada....Nasib baik cikgu tak marah, ikut kata Awish lah. Entah-entah cikgu pun sama, nak gelak ada, nak marah ada, kesian tak sampai hati ada, dan dalam hati cikgu tu agaknya 'sapalah bapak budak ni agak eh...sangap betul'

Yang tambah kesian/tragis lagi tu, Awish cakap lepas Kem Solat tu (nasib baik betul ada Kem Solat) ada budak cilok kasut dia. Salah ambik lah maksudnya. Dia terpaksa pakai kasut budak tu yang bersaiz besar.

Awish, awish......

*sigh*

Day 4 of 4th Chemo

Hari ni macam Sarah punya spirit recover. Kalau semalam Sarah tido hari ni Sarah main puzzle non-stop, dengan penuh ceria. Tapi makan tetap tak nak. Susu pun mula mengurang.


Petangnya Awish dan Mina made a surprise to Sarah, courtesy of ayah. Bila nampak je Awish, Sarah cakap "Awish I miss you". 
Sarah teramat happy jumpa Awish dan Mina. Sampai, akhirnya Sarah nak makan bila tengok Awish dan Mina makan.


Sarah makan karipap yang ayah beli.
Putih atas kepala tu calamine sebab ada ruam.

Wednesday, March 30, 2011

Day 3 of 4th Chemo : Positively Sad

'Prof Ramanujam. Ctscan @ sdmc will be done 2 wks after 28/3. If scan ok, then proceed w surgery. Liver n lymph do biopsy see cond. May or maynot need transplant. Cant tell. After removal chemo until afp 0 + 2 cycle. Radiotheraphy may or maynot, cant tell now.'

Ini SMS yang terima dari mama. 

Disebabkan hari ni ayah penuh dgn kerja-kerja firefighting kat plant dan meeting dgn top management, ayah tak dapat nak ke hospital jumpa Dr Lin. Masa dapat SMS tu ayah tengah tunggu nak meeting dengan supplier. 

Terima je SMS tu ayah jadi sedih. 

Sedih membayangkan Sarah (sebelum kimo yang skrg ni) dah cergas (lebih cergas dari pre-cancer time) petah bercakap, jadi lucu bila dengar pelat pelat Sarah ("Dah baik rah", Sarah tak cakap 'lah' tapi 'rah'), rasa penting bila dia datang nak tengok TV sambil pangku kat riba, mintak tolong ayah tukarkan pampers, mula nak gian membaca A-B-C; akan dicucuk-cucuk perutnya untuk buat biopsy. Lepas tu kena bedah untuk remove tumor pulak. Tak nak dibayangkan masa Sarah nak recover dari sugery.

Tapi Dr Lin dah judge that condition Sarah sekarang ni best untuk remove tumor. Treatment yang dia plan bukan untuk control the cancer tapi totally kill and remove the cancer cell. Ayah selalu do'a mintak Allah hapuskan sama sekali sel sel kanser dari tubuh Sarah, maka, Insyaallah, inilah jalannya. 

Dan mengikut kata Maktam, dia kenal dengan Prof Ramajunam tu, he's good.

Jadi walaupun ayah dan mama sedih membayangkan apa yang Sarah akan lalui, dan walau macam mana pahit dan pedih sekalipun keadaan tu, ayah dan mama kena positif, yakin dan redha inilah peluang dan jalan terbaik untuk Sarah pulih sepenuhnya.

As expected, since this is the 3rd day of chemo, Sarah dah rasa effectnya. Moody. Dan spend most of her time tidur.

Sarah,
Ayah dan mama inginkan yang terbaik untuk Sarah, jadi jangan marah sebab Sarah akan di 'potong sana, cucuk sini' semasa Sarah rasa Sarah dah sihat.

Tuesday, March 29, 2011

Day 2 of 4th Chemo : 'Surprise'

Nampak kat belakang tu? Etoposide, Ifosimide, Cysplatin, Mesna semuanya jalan serentak. Mama dan ayah dah macam Oncologist dah ni.

Sarah baca Women's Weekly sambil chemo durgs jalan masuk.

So far Sarah masih cergas dan ok, belum nampak effect ubat2 chemo. Dengan nurse pun dah kurang fobia. Siap boleh borak2 lagi dgn nurse, kata mama. Not only that mama boleh tinggalkan Sarah untuk keluar kejap pegi Subang Parade, hantar laptop pegi repair. Biasanya hari ketiga barulah ubat chemo tu bagi kesan kat Sarah. 

Hari ni Dr Lin bagi surprise kat mama dan ayah. Dia kata, lepas chemo cycle yang ke empat ni dia nak buat surgery untuk remove tumor. Dia akan referkan Sarah ke UMMC (UH) untuk dapatkan khidmat Paed Surgeon yang bagus. Ayah takde masa dia bagitau kat mama. Bila mama dengar tu, mama tak tau nak tanya apa. Macam tergamam. Bila mama bagitau ayah, ayah pun macam tergamam jugak.

Memang mama dan ayah tau yang soon Sarah need to go for a surgery to remove tumor tu. Tapi we expect maybe bulan Jun ke Julai ke. So bila doktor cakap after this cycle, maksudnya it's very very soon. Mama dan ayah nak kena prepare ourselves mentally ni.

Sekarang ni dah banyak soalan dalam kepala nak tanya Dr Lin esok.

Bila surgery tu ie sebelum next chemo ke, immediately lepas 4th chemo ni abis ke; sapa Paed Surgeon tu; lepas surgery boleh terus chemo lagi ke; boleh tak sambung chemo kat UMMC (with lower cost); kalau AFP tak single digit lagi dia nak teruskan surgery ke; ........



Monday, March 28, 2011

Day 1 of 4th Chemo

Sarah pagi pagi lagi dah muncung. Tahu nak kena pegi hospital, so semuanya tak kena. 
Mula-mula gi Daycare Chemo. Nasib baik kat sini ada buku2 kartun2, colouring, ada fish. Sarah ceria lah sikit. Masa kat sini jumpa Pak Arab, Abdullah, yang anak nya dah setahun buat chemo sebab Leukimia. Dia offer nak bagi air zam-zam dan kurma dari Yemen. Ayah exchange kad dgn dia dan janji hari Khamis nanti ayah call dia. 
Gambar kat atas tu perasan apa2 yang pelik?
Lepas ambik darah kena kat Daycare Chemo kena buat hearing test. Result - kalau dulu at 8000Hz Sarah hearing borderline, kali ni at 4000Hz pun ada kurang sikit. Tapi audiologist tu tak boleh nak confirm sebab hari ni Sarah macam tak fokus sangat. So, mama mintak buat test masa tidur.

Untuk tidur kena minum ubat tidur. Ambik kau, sampai tiga orang pegang Sarah, nak bagi dia ubat tu. Last2 dapatlah jugak, tapi Sarah muntahkan balik. Tapi rasanya ada yang tinggal kat dalam perut sebab tak lama lepas tu Sarah lelap. Dapatlah buat test tu. Bukan kat katil, tapi kat prem Sarah, sebabnya takut dia terjaga kalau diangkat ke katil. So dapatlah buat test untuk telinga kanan. Bila nak tukar telinga kiri Sarah dah jaga dan langsung tak nak tidur balik. Test tu kena sambung hari Rabu.

Sarah macam terpikat dengan topi kat kedai for kanser patient. So mama belikanlah. 
Nampak dah apa yang pelik?
Hmm...Sarah pakai dress, tapi ada pakai skirt. Dah pakai skirt dalam pakai seluar. Pelik kan? Sebab pagi tadi meragam sebab tahu nak kena chemo, so Maid Ija ikutkan je apa yang dia nak. Hasilnya Fashion Crime of The Year. Dah lah tu kaler tak matching lak tu. Masuk topi tu lagi haru biru. Siap doktor Sarah, Dr Lin, yang dah tua boleh cakap "Your dress is very interesting". Nak kutuk lah tu, tapi tak sampai hati agaknye,

Result blood test AFP 1409. Still not single digit and 0 as mama expected. But Alhamdulillah dah drop banyak dari 328000 dulu.
So no CT scan for today. Finally at 4:30 baru dapat masuk wad. Masa nak tukar pampers mama baru perasan, Sarah siap pakai dua lapis panty!!! Astaghfirullah. Memang Fashion Crime betul.

Chemo started at around 7pm with etoposide.

So far Sarah happy lagi when the chemo started. Esok lusa...sampai Ahad...entah le.

Sunday, March 27, 2011

Enjoying the day before 4th Chemo

Cousin Adib, sleptover kat rumah. Abang Awish yang ajak selepas semalam abang Awish mandi manda dan lepak kat rumah Adib. Di suruh buat homework, last2 Adib tidur, homework ntah ke mana

3-4 jam kemudian Adib bangun

Ayah belikan sticker Mickey Mouse.....

Tampal kat tangan.....

Sarah happy

Sementara itu, bilik Awish tunggang langgang

Dan ayah belikan mama kek Choc Indulgance, advanced birthday for mama

Semua macam buaya kelaparan


Ni Sarah nye turn...

Many things happened today..

As for tomorrow,it'll be the first day of the fourth chemo.

Terkenang

Sepurnama...

Ayah terkenangkan arwah Wan. 

Terkenangkan banyak benda yang ayah rasa ayah patut buat lebih baik dari yang sepatutnya, sebagai seorang anak..

Terkenangkan bagaimana Sarah seminggu sebelum sakit Sarah sering menyebut "balik kampung, atuk wan". 

Terkenangkan arwah Wan datang ke hospital menziarah Sarah, dan kemudiannya Sarah menziarah Wan di hospital, maka separuh dari hajat Sarah, iaitu berjumpa Wan tercapai. 

Terkenangkan bila Sarah dapat (pulang ke kampung) Wan sudah menjadi arwah.

Terkenangkan betapa terkejutnya ayah melihat wajah Wan semasa ayah melawat selepas pulang dari Jakarta. Ayah ada gambar arwah Wan masa tu tapi ayah terlalu sedih untuk melihatnya lagi. 

Terkenangkan arwah Wan di kenduri terakhir yang dihadirinya Disember lalu.

Terkenangkan dan terbayangkan kesakitan arwah Wan di minggu akhir hayatnya, ketika Wan mengalami sakit perut. Hinggakan kata Atuk, Wan meminta untuk dihantar ke hospital. Mesti Wan sangat sakit.

Banyak lagi yang ayah terkenang. Tak habis kalau hendak ditulis kat sini.....

Bak kata kawan ayah, kenangan2 tu menunjukkan arwah Wan tetap hidup dalam semangat anak-anaknya. Ayah harap ayah dan mama akan dapat mendidik anak-anak ayah hingga semangat ayah dan mama juga kekal....


Rumah

Bahagian serambi - early 1990s. Design asal hanya tinggal kenangan dalam memori dan dalam gambar. Atuk kepada Arwah Wan suka duduk kat beranda serambi lama, sambil hisap paip dan bercerita dengan cicit cicitnya.

Itupun serambi ni papannya dah reput. Di ganti pada 2009

Dalam masa yang sama papan2 yang dimakan bubuk dan anai-anai seluruh rumah diganti dan seluruh rumah di cat. Anai-anai masih ada sampai sekarang - 'Perjuangan yang belum selesai'
Disebelah kanan gambar, tepi pagar, hanya tinggal 'bangkai' pokok durian jantung. Durian paling best, ayah pernah rasa. Sampaikan sekarang ni kalau makan durian yg lain dari kampung atau yg dibeli dari mana2 mesti dibandingkan dengan durian jantung. Lemaknya, manisnya, besar ulasnya, 'texture'nya, segala2nya adalah perfect. Ditebang - middle 2000s.
Sebelah pokok durian tu dulu ada pokok jambu - ayah dan Mak Andak kecik2 dulu melepak kat atas dahan. Jambu air manis banyak semut. Ditebang early 1990s.
Dibawah pokok jambu ada pangkin, arwah moyang saudara suka duduk kat situ. Dah takde kat situ since ayah sekolah rendah rasanya ie middle 1980s.

Pagar baru early 1990s (rasanya). Jalan tar ganti jalan batu merah early 2000s. Selekoh depan rumah - diisytihar oleh polis NS sebagai selekoh maut - dilebarkan dan sudut condong ditukar berkali-kali. Tapi masih ada eksiden, pada hari Arwah Wan meninggal ada kereta yang tersadai semalaman dalam longkang tak jauh dari selekoh. Azri yang jumpa. Pemandunya maut. Kuburnya sebelah kubur Arwah Wan.  
Atap kecil - bilik air belakang, middle 1990s rasanya. Dengan adanya bilik air belakang lama kelamaan..... 
Perigi hanya tinggalan sejarah. Kat sini ayah ingat ayah bersihkan sekali 1-2 bulan sekali. Di belakang perigi ni dulu ada pokok durian yang isinya manis 'tengik'....sejarah....

Sebelah kiri gambar - dapur 'baru' yang dah lama - late 1970s or early 1980s, ayah tak ingat sangat. Rasanya dapur 'baru' ni pun ada renovation / extension, tak ingat bila.
Tar dalam halaman rumah - early or middle 2000s.


What's next?

Ada perancangan untuk rumah pusaka yang berumur lebih 80 tahun ni, tapi belum betul2 pasti. 

Hanya masa yang akan menentukan.

Saturday, March 26, 2011

2 hari lagi Sarah..stay healthy

Semalam ayah balik kerja, Sarah terbaring nampak lesu. Tapi sempat jugak dia cakap kat ayah "Ayah, I miss you!!" dalam nada marah!?.

Mama cakap Sarah baru bangun dari tidur yang lama. Sebab tu nampak lesu. Tapi ayah tetap nampak Sarah macam lain je.

So mama check temperature 37.7 celcius!!. Alamak. Tapi bila rasa dengan tangan, badan tak panas. Sarah siap cakap "Noo..not hot".

Tinggal 2 hari je lagi nak chemo ke empat. Janganlah demam Sarah, nanti chemo lambat start.

Pagi ni Sarah bangun dengan badan yang biasa dan ceria macam 2-3 hari sebelumnya.

Alhamdulillah.

Happy dapat cup cake

Cerita disebalik cake :2 malam lepas Sarah nak ke Giant masa balik dari kedai mama nak beli nasi ayam favourite. Menangis2 insist nak pegi. Penat dengar jeritan Sarah ayah dan mama pun bawaklah ke Giant pukul 9:15mlm. Tapi ayah tahu tak boleh dibiasakan. So sampai kat Giant ayah masuk dan keluar balik dan bagitau yang kedai nasi ayam Giant tu dah tutup. Punyalah meraung Sarah. Dalam meraung tu, tetiba dia cakap nak kek. So nak pujuk bagi diam bawaklah ke Puchong Jaya Berry's. Ayah dan mama dapat rasa yang Sarah nak jadikan routine baru dia, malam2 ke kedai kek. Betul je. Malam tadi masa balik dari kedai mama, Sarah nak ke kedai kek. Ayah buat dek, tak layan. menangis Sarah merajuk dengan ayah dan mama. Terus masuk tidur. Pagi ni lepas bukak kedai mama, mama bawak pegi beli kek. Tu yang happy bukan main tu.

Sedih...

Darwish...I miss you....

Darwish ikut uncle dan Adib pegi mandi manda. Ni Awish call dari rumah makcik Mini.

Mina sentap.

Ada dekat 4-5 kali kut dalam 2 minggu ni, Mina tetiba cakap "I miss Makchek. I want Makchek. I want to go Makchek house...." macam macam Mina cakap nak luahkan rindu dia kat Makcheknya. Kalau malam sebelum tidur siap menangis teresak-esak lagi.

So semalam ayah pun arrange dengan Makchek untuk Mina stay dengan Makchek hari ni. Since Makchek ada nak pegi kenduri, so Mina akan dapat ikut sekali.

Bila ayah cakap dengan Mina, Mina excited dan tak sabar nak tunggu pagi.

Tiba2 pagi bangun je tido ayah dan mama tanya Mina nak pegi rumah Makchek tak, Mina nye jawapan "I dont want". Berkali-kali ayah dan mama tanya, jawapan sama je.

Sentap nye anak dara ayah sorang ni.

Another Collection Drive

Yesterday, ayah dapat sms dari ex-staff yang transfer ke branch JB. Dia dapat tahu Sarah kena kanser melalui email.

Email?

Tak lama lepastu  ayah dapat satu email dari HQ member (yang ayah tak berapa rapat pun), memberi kata-kata semangat. Dia forward sekali email yang di hantar ke seluruh pelusuk company ayah satu Malaysia.


Syukur pada tuhan. Ramai yang perihatin.

Ayah tak tahu macam mana nak balas jasa diorang. Hanya Allah yang tahu.


Thursday, March 24, 2011

Sarah on the road to recovery

Bangun pagi2 mintak kek yg mama dan ayah dipaksa beli malam tadi. 
Skirt yang beli hari Isnin hari tu dipakai untuk hari ketiga.

Dah bangun pagi2 layan cd Hi5 

Ayah balik dari kerja, Sarah sambut kat pintu. "Ayah, I miss you!", Hati bapak manalah tak cair...

Tower building game

A second after this picture taken....badabummm...tower collapse

Sarah mintak nak makan macam2. Tapi tak semestinya habis. Kekadang belum siap nak serve food yang Sarah mintak, Sarah dah mintak benda lain..

Another three days before 4th chemo. 

Insyaallah.


Wednesday, March 23, 2011

Nasi Ayam Giant


Nilah kedai yang Sarah suka sangat ni. Hari ni dah hari ke empat berturut2 Sarah paksa mama dan ayah datang sini dan beli nasi ayam kat sini. Post chemo yg lepas2 pun Sarah sama.

"I wanna go Giant"...kalau dengar tu mama faham dah.

Biasanya Sarah nak tapau je. Isnin dan semalam, Sarah nak dok makan kat situ dan dah abis tu Sarah nak tapau jugak.

So Sarah akan dapat makan nasi ayam ni even breakfast.

Yang bagusnya, Sarah makan banyak....sampai bertenaga boleh main sepanjang hari, bergusti dengan Mina, mama dan Mina tido petang Sarah berjaga main..

Monday, March 21, 2011

You forget!!!

Hmmm.... sampai berkali kali mama dengan ayah kena marah dengan Sarah hari ni..

Hari ni follow up dengan Ustaz Lukman. Hari ni dugaan Allah amat besar kat situ, orang ramai, nombor lambat dipanggil dan kesudahannya empat jam menunggu.

Dalam masa empat jam tu, alhamdulillah Sarah tak meragam, sangat. Tapi beberapa kali dengan tiba-tiba dia teringat beberapa benda yang tak dibawak / ada masa tu.

Mula-mula Sarah punya 'cantek' iaitu pewarna kuku (yang baru dibeli semalam masa mama bawak Sarah dan Mina ke Giant sebab Sarah nak nasi ayam Giant. oh ye...malamnya pegi lagi beli nasi ayam tu). Dia marah mama sebab tak bawak / lupa bawak benda tu.

Lepas tu tiba-tiba pasal selipar. Hari ni Sarah pakai selipar Mina. (Actually bukan hari ni je. Selalu dah. Dan bukan selipar je yang Sarah 'pau' Mina. Panty pun Sarah pau Mina.) Tiba-tiba dia ungkitkan kenapa mama tak beli selipar untuk dia. Walhal semalam masa kat Giant mama nak belikan Sarah yang tak nak.
Lepas tu pasal nasi ayam Giant tu pulak.

Lepas tu pasal pen. Berleter lagi kenapa tak bawak pen.

Setiap satu Sarah akan cakap kat mama "Mother, you forget!!!"

So lepas abis kat Syifa' tu, dan habis kat Sunway MC untuk ayahnye appointment dengan ENT (nasib baik sempat sampai sebelum Doktor Koay balik), maka ke Giantlah. Untuk makan nasi ayam kat situ dan beli 'cantek'. Lepas tu Sarah cakap 'go home'. Maka baliklah ke rumah.

Sampai depan rumah, tiba2 Sarah marah "Mother you forget slipper!!!" berulang-ulang. Punyalah blame mama lupa. Padahal Sarah pun lupa jugak Takde dengar dah apa mama nak explain/pujuk. Aiyak..

Maka pegi lah ke Giant lagi. Belikan selipar tu. Pas tu tanya Sarah, apa lagi nak? Kang jangan forget lagi. Apa lagi dia pun mintak baju princess. Abis ayah kena pau hari ni.

Dah balik, masa makan, ready nak menari dengar lagu Dora. Skirt nilah yang baru dibeli tu. Terus pakai bila sampai rumah.

Berulang-ulang tengok Dora, sampai bergaduh dengan Awish yang nak tengok Kamen Rider.

Joget dengar lagu Dora.


Sunday, March 20, 2011

Impulsiveness

Ayah and mama think, that the chemo may have effect on Sarah neurons, causing her to have an increase impulsiveness. Kenapa mama dgn ayah fikir macam tu. Here's why.

Obsession to Jesco (ikut Sarah punya language) = Jusco = IOI Mall. To be more precise, Sarah nak pegi GSC.

For the 4th straight day, ayah, mama, Awish, Mina, Sarah bertandang kat sini. Tapi kali ni berpecah kepada 2. Ayah tunaikan janji pada Awish dan Mina untuk tengok Mars Need Mom.

dengan spek 3D. Ceritanya tak berapa best (bagi ayahlah)

Masa keluar rumah, Sarah kat atas. Memang kitorang plan nak keluar senyap2 tak nak Sarah tau. Kalau nak ikutkan hati memang nak bawak Sarah. Tapi takut dengan air borne nye penyakit. Tapi sebenarnya kalau Sarah ikut pun takpe sebab panggung tu kosong..adalah sepuluh orang kut masa show tu.

Bila Sarah perasan ayah takde, dia pun mulalah tanya mama, mana ayah, mana Mina, mana Awish. Mama telefon ayah, ayah cakap dengan Sarah "ayah pegi Darwish school". Sarah hangin, cakap dgn ayah "Why you go out?!". 

Sarah paksa mama keluar pegi sekolah Darwish, repeatedly..trick punya trick..last2 mama pun kena bawak Sarah ke GSC IOI Mall, beli popcorn, lagi. Nasib masa tu ayah, Awish dan Mina dalam panggung.

Ada yang tak kena dengan nasi lemak
Sebelum ke IOI mall tu, Sarah kerah mama ke kedai nasi lemak yang kitorang makan paginya. Masa pagi tu, Sarah sorang je 3 nasi lemak, sebab dia memanjang tak puas hati dengan nasi yang ada.

Mula-mula, pedas sangat (walaupun dah makan 2-3 sudu). Mama ambik yang baru. Terus dia cakap, salah!. Last2 beli yang bungkus bawak balik rumah. Sampai kat rumah, nasi tu pun tak kena jugak. So, that's why, kena pegi lagi kat kedai tu untuk beli nasi lemak lagi.


Jeso lagi...tiba-tiba aiskrim...tiba-tiba Giant pulak
Petangnya, Sarah sibuk nak ke Jesco lagi. Puaslah mama dan ayah cuba pujuk, esok baru pegi. Tapi Sarah macam radio rosak ulang benda yang sama "I wanna go Jesco NOW!". Last2 mama dan ayah mengaku kalah, oklah pegilah tayang muka kat GSC IOI Mall lagi. Tiba-tiba bila mama dah pakai tudung, Sarah cakap, "why you throw my air krim!" (referring to sundae kon McD yang dibeli masa kat IOI Mall yang dah cair) pun diulang berkali2. Mama bawak ke dapur, tunjuk airkrim kon yang memang ada kat rumah ni...tiba-tiba Sarah berulang2 kali pulak cakap "I wanna go Giant!".

So ke Giant lah mama dan ayah dengan Sarah. Mama lebih rela berulangkali ke Giant dari Jesco sebab, dekat, tak jem, parking free, tak ramai orang, nak jalan tak jauh..

Satu lagi contoh, Sarah, kalau di tanya apa2, the first and fast reaction ialah "NO!". Dan Sarah akan repeat NO.

Contoh lagi, semalam punya cerita pasal taknak makan supplement.

Could it be true the the chemo has effected Sarah's neuro? Not sure. Even if it's true, harap2 Sarah boleh recover back to normal.

Saturday, March 19, 2011

3L


Gambar ni memang tak clear. Sebabnya Sarah tengah 3L atau LLL - Lari, eLak, Lawan.

Semuanya gara-gara nak suruh dia minum supplement (XP180, TF). Dalam keadaan dia yang kurus, nampak tak bermaya tu, sebenarnya dia kuat. Ada tenaga tambahan lagi bila nak suruh makan supplement. 2-3 hari sebelum ni dia 'ok' je nak makan. Umpan dengan aiskrim dah ok. 

Tapi malam tadi, mungkin disebabkan bibik Maid Ija ada (memang dari kecik tempat dia 'mengadu' etc.) Sarah jadi persistent tak nak. Bila mama dekat, bawak supplement, dia lari. Kena kandang kat sudut bawah tangga, Sarah boleh elak dan lari ke dapur. Kena hadang kat pintu dapur, Sarah elak dan lari ke tangga, nak naik ke atas untuk ikut maid yang disuruh naik (sebagai trick nak suruh Sarah minum - "kalau nak naik atas dengan kakak, kena minum dulu"). Nasib baik ayah ada. So mama dengan ayah 'pagar' kan tangga tu. NO, NO, NO, Sarah tak give up punya, masih lawan lagi.

Pujuk lembut sudah, pujuk keras sudah, ugut sudah, ayah terpaksa pretend marah pulak. Nak suruh Sarah berlembut dan pegi kat mama. Walaupun berat hati, ayah buat jugaklah suara marah ayah, biarlah Sarah benci or tak suka ayah, tapi ayah cuma nak Sarah minum supplement tu dan sihat cepat dan sepenuhnya.

Finally (not immediately, semangat lawan masih tinggi) Sarah cave in to mama dan nak dukung. Tapi masih tak nak minum. Pujuk lagi sampailah dia nak minum. Itupun nak bibik yang suapkan.

*sigh* 

Semua ni jadi selepas mama, ayah, abang Awish, kakak Mina, ambikkan bibik dari kedai (3 hari kena paksa tidur kat kedai sebab batuk) seperti permintaan Sarah. Pegi ke IOI Mall, beli popcorn dari GSC untuk hari yang ketiga berturut2.

Sarah dah makan nasi banyak, susu close to post-3rd chemo punya amount, dan berjoget lagi banyak bila tengok Hi5. 

Dan tak lupa Sarah dah boleh buat 3L.

Sarah, ayah mintak maaf kalau ayah over reacting.

Thursday, March 17, 2011

Repeat

Permintaan hari ni; IOI Mall. Lagi sekali. Tapi kali ni pakai bahu kurung, tak pakai swimming suit dah.

Sarah nak makan (macam macam benda yang mama kena beli)....
Pop corn GSC IOI Mall. Semalam dah beli tak abis, hari ni Sarah mintak beli lagi.

Yee mee..mama ingatkan Sarah nak mamee (jangan makan rumah, makanlah snek mamee). Rupa-rupanya dia nak yee mee mentah je. Takde sup etc. Tak pernah pulak mama dan ayah ajar Sarah makan yee mee mentah ni.
Layan...

Bahulu

Kesemua makanan kat atas di beli, Sarah jamah sikit, lepas tu taknak dah.

Tapi Sarah hari ni makan nasi lebih banyak dari semalam. Susu pun dah mula nak, walaupun tak sebanyak dulu. Muntah pun..boleh kata takde dah, walaupun uwek uwek still cam ada.

Hasilnya...

Lewat petang dan malam Sarah dah nak main. Ajak (or is it paksa??) Mina main jigsaw puzzle sama2 dan nak menari bila tengok CD Hi-5 yang dah berapa puluh kali tengok dah.

Alhamdulillah.