Blood test Sarah hari ni tak seperti yang dijangka. Mama dan menjangka blood darah dah makin bagus. Tapi tengok2 Sarah nye platelet tinggal 10, WBC pulak 1.1.
So single donor untuk platlet was urgently needed. Ayah? Lagi sekali ayah menghampakan Sarah. Sebab masa tu dah pukul 12 dan proses extract platlet tu 4 jam, ayah tak boleh nak buat sebab akan menyebabkan terlepas flight.
So semua sedara mara, kawan di telefon untuk menderma. Uncle dan kawan uncle sampai dulu. Tapi...tak layak sebab pembuluh darah tak dijumpai. Makcik Mini datang dari tempat kerja, tak layak sebab perempuan tak boleh. Akhirnya abang Aiman datang to the rescue, mengorbankan trainingnya. Thank you Abang Aiman.
Memang Sarah kat luar nampak sihat, makan dah sikit lagi macam nak normal, albeit tak boleh gula dan oily.
Tapi dalam badan Sarah tak tahu apa yang berlaku.
Prof Lin continue balik Neopogen untuk boost Sarah nye blood. Dah sah-sah paling kurang 4 hari lagi tak boleh keluar nak habiskan dos neopogen tu.
Awish dan Mina hari ni home alone dengan Maid Ja. Harap2 semuanya ok.
Ayah signing off from Bangkok, Thailand.
1 comment:
hmmmmm...
Post a Comment