Thursday, June 2, 2011

6th Chemo : Day 7 - Last Day of Last Chemo

It's finally here. The day of the last chemo.

Seharian hari ni Sarah tak minum susu sangat. Tak tau lah mungkin tak sabar nak balik. Bila lewat petang nak kencing sakit, Sarah menjerit2. Ayah terpaksa guna taktik 'kena tinggal' untuk paksa Sarah minum.


Everyone's waiting for Sarah's drip to finish or 8pm - whichever comes first.

Happy nurse dah bukakan tagging etc. Dah boleh balik.

Next appointment - blood test next week hari Khamis. Next CT scan awal Julai. Doktor taknak cepat sangat sebab tak nak trigger sel-sel kanser kalau-kalau ada lagi.


Waiting mama settlekan bil.

Finally home sweet home. Sarah sangat lapar sampai menggigil. Doktor cakap sehari kena ada 1400kalori, tapi hari ni Sarah minum susu sikit sangat. So, berapa banyak je kalori yang ada dalam 5oz susu yang Sarah minum hari ni. Infact lagipun Sarah dah tak makan since hari Ahad. So dalam kereta lagi Sarah dah mintak mama masak nasik, goreng ayam etc. Tengoklah gambar kat atas, Sarah membaham drummet dengan nikmatnya.

Insyaallah no more chemo. Sarah dah sembuh, cured, cuma since already at stage 4, chances of relapse is always there.

Hari ni ayah dan mama ada perasaan yang bercampur baur. Rasa macam happy, membayangkan sekarang dan mula-mula dulu. Kalau Sarah tau apa yang ayah fikir mesti Sarah akan cakap 'sampai hati ayah fikir macam tu'. And then.. rasa... patut ke happy or macam tak percaya, betul ke dah sembuh ni. Kalau dah sembuh kenapa masih lemah, ceret beret yang dahsat. Ayah pikir kalau dalam masa sebulan lagi Sarah masih tak sembuh, maybe better Sarah admitted balik untuk sembuhkan usus pulak. Tapi...perlu ke tak perlu?? Tak pasti.

Apa pun mama dan ayah sangat2 bersyukur ke hadrat Illahi sebab Sarah berjaya sampai ke hari ini. Sarah is special, Sarah is a miracle. Sarah adalah tanda kebesaran dan keadilan Allah SWT.

Ya Allah,
Kau sembuhkanlah Sarah sepenuhnya.
Kau hapuskanlah sama sekali sel sel kanser dari tubuh Sarah.
Amin..

No comments: