Saturday, June 18, 2011

Rejected

Rupanya semalam penderma-penderma platlet semuanya kena reject!!

1. Abg Mohsin - urat tak jumpa
2. Pak Ngah - faktor umur
3. Abg Nazmi - urat tak jumpa
4. Abg Razak - pass screening tapi under medication so kena tunggu seminggu
5. Uncle Raymond (ex-boss mama) - pass screening tapi under medication so kena tunggu seminggu
Rasanya macam ada a few person lagi tapi ayah dah lupa..
*Editted:
6. Uncle Azmi (kawan mama) - urat tak jumpa
7. Uncle (?) Chow (x staff mama) - urat tak jumpa.
Anyway, thank you very3x much to each and everyone of you.

Alhamdulillah yang dari abang Aiman nye boleh pakai. Doktor bagi separuh je sebab nak tengok sejauh mana badan Sarah boleh create sendiri platlet dan sel darah putih. Lagi separuh simpan in case nak kena pakai Isnin nanti.

Prof Lin kata Monday another blood test, kalau result dah ok boleh balik rumah.

Sarah hari ni happy sebab ayah, Awish, Mina ada. Lepas Mak Teh datang satu family. Makcik Mini pun ada.


Ayah suspen je bila Sofea duduk kat hujung kaki Sarah. Sofea ajak Sarah main tapi Sarah reject sebab Sarah bad mood. Puncanya mama baru lepas dukung adik Sofea, Haqem yang keras dan mantop tu. Sarah jealous. Lepas tu memang jadi pun kejadian tu. Gambar kat atas ni Sarah baru je terajang Sofea. Tapi tak kuat lah. Sofea pun macam takde apa2, gelak lagi. Fuhh...nasib baik...

Untuk Monday ni dah ramai standby untuk menderma platlet. Termasuklah ayah sendiri. Kejam ke ayah ni ah? Tak derma lagi pun untuk anak sendiri. Harap2 Isnin ni janganlah ada halangan. Walaupun big boss dah bagi assignment penting hari Isnin ni, ayah tak kira dah, lantaklah situ.

No comments: