Thursday, June 9, 2011

It's not today, it's not ...

After more than 50days Sarah suffering from diarrhea, we were looking forward for today. Looking forward and anxiously wanted the treatment started immediately. But sadly it's not meant to be. 

SDMC culture facilities cannot determine the type of spora / protozoa that's infecting Sarah intestine system. Prof Lin already given 2 strong antibiotics and it still doesn't works. Prof Lin dah blank, tak tau apa lagi nak buat dah.

Mama yang mendengar lagilah tak tau.

Then he said...he'll refer us to Prof Christopher Boey on Monday. Where?? UMMC!!!! 

Hearing this mama was totally dumbfounded. After a while, mama try to think positive, at least it's not the same professor and therefore certainly not the same ward.

Evening, 2nd time round Prof Lin said he's already contacted Prof Chris, and he wants to see Sarah tomorrow. And since his ward is full, he instruct Sarah to admit to...ward P6!!!! Our fate keep on twisting and twisting...

Bila mama call ayah dan cerita, ayah rasa nak menangis. Hati ayah betul2 rasa macam kena toreh toreh, hiris hiris, lidah tetiba kering, dan rasa nak menjerit. Dan ayah actually betul2 menjerit kat luar pintu masuk opis. Sedih sangat rasanya sebab ayah tak dapat nak dengar sama2. Esok Sarah nak ke UMMC, ayah pun berbelah bagi. Satu sebab layanan (layanan? layanan amende?) kat sana, sucks!. Keduanya ayah ada auditors dari principal co datang, menyebabkan ayah tak boleh nak escape, even though hati nak berada dengan  Sarah. (memang fizikal badan ada kat opis, tapi soul ada kat Sarah). 

Rasa kat hati tu kekadang rasa lebih teruk lagi dari masa Sarah mula2 dapat kanser dulu. Dulu selepas 4-5 hari dah tahu dah punca Sarah sakit apa dan kimo dah start. Ini punca sakit pun tak tau2 lagi.

Nak carik hospital lain yang boleh buat pun tak tau nak carik macam mana. Sebabnya tak tau facilities apa yang diperlukan.

So terpaksa je lah pegi. harap2 kali ni Prof ni cepat bertindak. Dan harap2 dia teruskan TPN untuk Sarah. TPN ni jelah yang bagi Sarah nampak energetic sekarang ni. Kalau Sarah makan hatta seco'et sekalipun dia akan purging. Menyebabkan ayah rasa bersalah bila ayah makan. How can I enjoy eatting when my daughter cannot enjoy eating??

What matters most now punca sakit Sarah dapat dikenalpasti supaya ubat atau rawatan yang betul dapat dibagi. 



1 comment:

Aishah Amin said...

breaks my heart...stray strong always pakcu makcu T_T