Sarah nak minum air beras. Alhamdulillah. Semalam mama dan ayah risau tengok Sarah. Semalam masa ayah balik kerja ayah terkejut tengok Sarah - dah cengkung balik. Dengan air beras tu harap2 dapat tambahkan karbohidrat Sarah.
Satu hari ni (so far, malam tak tau lagi) berak sekali je. Tapi still soft stool. Sarah nye diet nasi putih, air beras, air sirap tawar, lauk tak pedas, kurang minyak. Kesian...
Mama pulak dapat berehat. Selepas 5 bulan menjaga Sarah, mama dapat time sendiri sebab Maid Ja dah fulltime kat rumah. Nikmat dari penutupan dobi Yasmin Laundrette. Sarah pulak bila maid ada dia memang melekap je kat maid, so mama boleh pantau dan bagi arahan apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Sarah.
Bolehlah jugak luangkan masa untuk pelajaran dan ulangkaji Awish.
No comments:
Post a Comment