Sunday, June 5, 2011

Close Monitoring

Kata Doctor kat emergency ward SDMC - need admission untuk masuk drip sebab 'too dry'. Memang. Sarah tak kencing dan berak dari semalam.
Waiting to be attended by doctor @ SDMC. Nak angkat kepala pun tak larat.

Boleh admit kat SDMC atau UMMC. Ayah rasa patut ke UMMC so out we go from SDMC, tapi not to UMMC. Ingat nak balik rumah dulu, packing etc. Sebolehnya sebenarnya tak nak Sarah admitted, tuan punya badan pun tak nak, mama dan ayah (especially mama) pun tak nak. So maybe, just maybe we thought, paksa Sarah minum air dengan 'jampi' : ifyoudontwanttogotohospitalmustdrinkwater. Dan doa Sarah akan pulih.

On the way, Sarah mintak pegi Giant. Tunaikanlah. Sebab dari masa 6th chemo haritu Sarah nak ke Giant. Dah keluar hari Jumaat hari tu tak bawak pun lagi. Kalau kena admit kang, kesian pulak.

Sampai kat Giant, Sarah nampak macam ada energy sikit, boleh jalan keluar kereta, dan nak pegi main kat playground.


Look how thin Sarah is. Mata dan gigi nampak tersembul. Tak baik ayah cakap ni tapi... macam "tengkorak hidup". Astaghfirullah.



Nampak tak playground belakang tu. Lepas ambik gambar ni Sarah panjat tangga tali dan berjalan sampai ke tengah, lepas tu Sarah dah rasa lain macam...

Ayah naik playground dan dapatkan Sarah yang dah tak mampu nak jalan. Terus Sarah melekap kat dada ayah selama 15 minit - nak recover dari kepenatan Sarah main (apa sangatlah yang Sarah main) tadi tu.

Lepas recover, ayah dukung Sarah ke Giant carik mama yang beli barang untuk ke hospital dan kat rumah. Dan Sarah mintak nak makan Pizza (also dalam Sarah punye list of demand masa di UMMC).

Masa di Pizza Hut, Maktam call dan inform UMMC may take a long time. Hmm...for mama dan ayah, long time in UMMC means it will be very very looooonnngggg. So we we're undecisive, reluctant, not wanting to make the call. But finally it's decided that it's going to be SDMC.

Tapi kena balik dulu, packing baju Sarah, mama, Awish, Mina (plan for Awish dan Mina - to have their 'holiday' at SDMC, stay with mother); mama nak kemaskan rumah dulu, gosok baju etc.

While going through all these Sarah terus kena minum air 'jampi' ifyoudontwanttogotohospitalmustdrinkwater tadi tu.

Alhamdulillah at 1pm Sarah berak dan kencing sampai bocor. Normally Sarah akan kena leter sebab lambat bagitau etc tapi tadi Sarah dapat terima kasih sebab kencing dan berak sampai bocor.

So, no admission to any hospital for now, at least.

Right now Sarah is under close monitoring. Air 'jampi' is always close by her side.

*above entry was written with some humor in order to hide the writer actual feeling. sigh...

No comments: